Khamis, 30 April 2015

UBI KELEDEK GORENG

As-Salam buat semua...
Di kelantan,Ubi keledek goreng di kenali juga sebagai Kaki ayam,mungkin sebab bentuknya yang di potong panjang-panjang begitu nampak macam jari ayam.Best makan panas-panas,rangup sahaja.Ia biasanya di jual di tepi-tepi jalan(street food)bersama dengan pisang goreng atau bersama makanan goreng lain yang di celup tepung.

UBI KELEDEK GORENG aka KAKI AYAM
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan(tiada sukatan)
ubi keledek oren-potong jejari nipis
tepung beras
air
sedikit garam
serbuk kunyit

Cara membuatnya
  • Campurkan tepug beras,garam, serbuk kunyit dan tambahkan air sedikit demi sedikit.
  • Adunan baternya tidak boleh terlalu cair.Gaul rata.
  • Panaskan minyak untuk goreng terendam.
  • Bila minyak sudah panas,masukkan jejari keledek ke dalam adunan bater dan goreng sehingga garing.
  • Balik-balikkan dan nampak garing bolehlah di toskan di atas paper towel
  • Sedia untuk di hidangkan.

Jumaat, 24 April 2015

KEK COKLAT MOIST

As-Salam buat semua..
Esok saya mula bercuti selama seminggu dari bertugas.Nak gi KL dan Negeri Sembilan ambil kakak yang dah habis belajar kat Kolej Matrikulasi Kuala Pilah.Selepas ini lengkaplah satu family,ada papa,mama,kakak ,abang dan adik dapat kumpul bersama.Ramadhan pun dah dekat,lagi best!Sambil-sambil tu nak jalan-jalan sekali,dah lama tak pergi bercuti.
Sebelum tu,nak postkan dulu kek hari jadi Azim yang di buat dua hari lepas..Saya masih menggunakan resepi kek yang sama dari Azlita.Best kek ni,lembut dan moist sahaja.Ni pun a keeper resipi saya untuk kek coklat.Tak sempat nak tulis resepi hari tu kerana terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan.Let's try baking.

KEK COKLAT MOIST
Sumber:Azlita masam manis.thanks Ita!

Bahan A
300 gm tepung gandun
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
*satukan kesemua bahan dan ayak.Ketepikan.

Bahan B
3 biji telur saiz A
400 gm gula kastor    saya guna 300 gm shj
1 suud teh esen vanila

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung
*untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lembut,boleh tambah 2 sudu besar susu pekat manis .

Bahan D
250 ml air panas
Cara membuatnya
  • Satukan semua bahan B.Pukul hingga putih..
  • Masukkan minyak dan susu cair dan tambah 2 sudu besar susu pekat manis jika nak lebih moist.
  • Pukul hingga sebati.Boleh pukul dengan hand mixer atau stand mixer(adunannya agak banyak juga).
  • Masukkan bahan tepung yang telah di ayak tadi sedikit -sedikit dan kaup balikkan adunan dengan spatula.
  • Tambahkan air panas dan gaul rata.
  • Tuangkan adunan di dalam loyang bulat atau empat segi ukuran 8 inci yang telah di griskan dan lapik dasar loyang dengan kertas minyak.
  • Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170'c.
  • Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 1/2jam  bergantung kepada kepanasan ketuhar masing-masing.
  • Sejukkan kek sebelum di letak topping.
topping coklat(saya gandakan bahan-bahan ini)
Sumber:Facebook

Bahan-bahan
1/2 cawan susu pekat
2 sudu  besar serbuk koko
2 sudu besar mentega

Masukkan susu pekat,serbuk koko dalam periuk dengan api kecil.Kacau hingga pekat dan bergaul rata.
Masukkan mentega dan tutup api.
Dah sejuk sedikit tuangkan diatas kek yang telah di sejukkan
 .
*Hiasan kek di atas menggunakan aising krimwell coklat dan topping coklat di atas.Saya taburkan dengan kepingan coklat bar almond yang di cincang di atasnya.

Rabu, 22 April 2015

SELAMAT HARI LAHIR,AZIM

As-Salam ..
Kehadapan anak bongsuku Che Azim Ashmawi Bin Che Zamri, selamat menyambut hari lahir yang ke 13 tahun pada hari ini,22 April 2015.Suatu hari nanti,bacalah catatan ini,dan nanti kamu akan tahu setiap tahun mama akan postkan kek harijadi untuk kamu..
Semasa post in di buat,saya baru menyiapkan kek coklat yang di mintanya dalam keadaan yang tergesa-gesa kerana saya masuk bertugas jam 1400 hari ini.Tahun ni pun dia nak kek yang sama resepinya seperti tahun lepas cuma topping dan hiasannya lain sikit...itulah pesannya.Mulanya saya plan nak beli sahaja kerana minggu ini saya sibuk dengan pelbagai perkara campur dengan saya terlupa tarikh harijadinya(seperti tahun lepas),tetapi malam tadi (masa tu baru saya teringat) dia request nak kek yang saya buat juga.'Nak kek yang mama buat sendiri,tak ada hadiah pun tak apa'..tersentuh hati saya.Sudahnya projek kek bermula dari jam 0800 dan tamat 4 jam selepas itu!..penat pun tak apa,asal Azim puashati..
Saya pergi bertugas dengan pesanan,potonglah kek tu,jangan tunggu mama pulang sebab bila saya pulang malam nanti pada jam 2200 biasanya dia telah masuk tidur.Begitulah ceritanya...kadang-kadang rasa kesian juga pada anak-anak ,sambut harijadi tanpa saya di rumah!..
 ..dan semoga Azim sentiasa di lindungi dan di berkati oleh Allah di dunia dan di akhirat di sepanjang kehidupannya.Aaamiiinn.

Ahad, 19 April 2015

STICKY CARAMEL CHICKEN WINGS

As-Salam buat semua..
Kepak ayam kesukaan Azim..kalau saya masak kepak ayam ni dia sorang la yang makan paling banyak.Biasanya saya masak hari dia tak ke sekolah,bolehlah makan dua tiga kali ulang.Siap pesan,buat basah-basah sikit sebab nak gaul dengan nasi,sedap sangat!jadi saya lebihkan semua bahan-bahan di bawah....Let's try masak.

STICKY CARAMEL CHICKEN WINGS
Sumber:HaSue: I Love My Life  Thanks

Bahan-bahan
12 keping kepak ayam-kerat dua jadi 24.
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih-ketuk dengan kulitnya sekali.
1 sudu besar halia cincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan(60 ml) madu
1 sudu besar sos tiram

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dalam kuali(elok guna non-stick pan).
  • Masukkan bawang putih,halia dan kepak ayam.Kacau dan goreng selama 5 minit.
  • Masukkan semua sos dan madu,kacau sekejap kemudian tutup kuali.
  • Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau semua kepak masak dan browned(bersalut dengan sos).
  • Bila dah masuk madu,sos akan berbuih dan nampak macam hangit.Bila sos dah agak kering dan bersalut pada kepak ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken.

Sabtu, 18 April 2015

APAM BERAS

 As-Salam buat semua..
Sudah beberapa kali saya membuat Apam beras ni tapi baru kali ini saya postkan.Apamnya lembut dan gebu,sedap di makan cicah dengan kelapa muda yang lembut.Ni pun akan jadi keeper resepi. Saya telah mengurangkan sukatan gula di dalam adunan kerana menggunakan kelapa parut yang di campur dengan gula dan sedikit garam.Makan pada waktu pagi atau petang bersama secawan nescafe pasti best...

APAM BERAS
Sumber:ilhamdapur.blogspot  Thanks

Bahan-bahan
2 cawan nasi sejuk- nasi semalaman lagi elok
3 cawan air
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 paket yis kering mauripan(11 gm )
1 1/2 cawan gula pasir      saya guna  1/2 cawan
kelapa muda parut secukupnya   gaul dengan sedikit garam

Cara membuatnya
  • Kisar nasi dengan air hingga betul-betul hancur dan halus.
  • Sebatikan tepung,gula dan yis kemudian masukkan nasi kisar dan gaul rata.
  • Asingkan adunan ke beberapa bahagian(ikut nak buat berapa warna)masukkan pewarna dan kacau sebati.
  • Perapkan selama 1 jam.
  • Sediakan pengukus dan didihkan air,sapu acuan dengan sedikit minyak.Isikan 3/4 penuh adunan dan kukus selama 15-18 minit.Balut tutup pengukus dengan tuala agar air tidak menitik.
  • Bolehlah di hidang bersama kelapa parut.

Khamis, 16 April 2015

PUDING KASTARD JAGUNG KOKTEL

As-Salam buat semua...
Buat puding untuk untuk penyejuk mulut dan penyejuk hati...saya peminat puding selamanya tapi dalam dua tahun ni,saya kurangkan makan puding yang manis-manis.Kalau saya buat,adjust juga sukatan gula atau susu manis di dalamnya biar agak-agak kurang manis sedikit.Tapi namanya pun puding,kalau tak manis tak sedap pula lah kan!.untuk versi sendiri boleh lah.Kalau buat untuk tetamu tentu kena buat semanis rasa.

PUDING KASTARD JAGUNG KOKTEL
Sumber:Zara Baking  thanks

Bahan-bahan
1 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan jagung manis dalam tin /sweet cream corn
3/4 cawan gula pasir     saya letak 1/2 cawan
1 1/2 cawan susu cair atau santan.
sedikit garam     saya tambah

bahan tambahan
1 cawan buah koktel    optional

Cara membuatnya
  • Letakkan buah koktel ke dalam loyang atau bekas acuan kecil-kecil jika mahu membuat Puding kastard jagung koktel.Ketepikan.
  • Campurkan kesemua bahan untuk puding ke dalam periuk dan kacau sebati.
  • Letakkan di atas api sederhana dan sentiasa kacau terus menerus sehingga adunan pekat dan berkilat.
  • Angkat dan masukkan ke dalam loyang /bekas acuan kecil tadi.
  • Sejukkan sebentar,baru lah di masukkan ke dalam peti sejuk.
 

Selasa, 14 April 2015

SAYUR LEMAK PUTIH

As-Salam buat semua...
Bestnya dah habis bertugas malam,saya cuti tiga hari.Nak round dunia dengan Cik Google la.Macam-macam plan saya nak buat tiga hari ini dan pastinya jadual aturcara padat sekali.Selama tiga hari ni tak ada bau-bau ubat ye.Nak masuk dunia awam sekejap.
Saya masak ringkas sahaja hari ini,sayur lemak putih.Sayur yang sinonim dengan masakan orang Kelantan.Makan pula dengan nasi panas dan ikan masin/ikan pekasam goreng atau ikan kering lagi best.Let's try masak.

SAYUR LEMAK PUTIH
Olahan:daridapursuzana.

Bahan-bahan
sayur pilihan-karot,bunga kubis,terung,timun
1 biji lada hijau-buang biji
4 ulas bawang merah
1 ekor ikan-di rebus
2 cawan santan  pekat
2 cawan air
beberapa biji lada hitam
garam dan gula secukup rasa 

Cara membuatnya
  • Tumbuk bawang merah dan lada hitam hingga hancur.Masukkan isi ikan rebus dan tumbuk lagi biar bergaul rata.
  • Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk,tambahkan air dan santan pekat.
  • Masak kuah hingga  mendidih sambil dikacau selalu.
  • Tambahkan sayuran dan biarkan hingga mendidih sekali lagi.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Sedia untuk di hidangkan bersama nasi putih ikan masin/ikan pekasam goreng.

Isnin, 13 April 2015

RICH CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

As-Salam buat semua..
Mari kita buat muffin yang sedap dan penuh dengan rasa coklat ni.Kalau nak lagi best taburkan banyak-banyak choc.chips di atasnya.Saya letak sikit saja sebab stok tak cukup.Azim dan Amzar makan buat 'pembasuh mulut' lepas makan nasi.Saya buat satu adunan saja untuk mereka berdua makan di hujung minggu.Saya pun makan juga tapi sebiji sahaja,boleh percaya ke?..Let's try baking..

RICH CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
Sumber:Julia Homemade thanks

Bahan-bahan
2 biji telur
1 cawan gula perang
100 ml susu segar
120 ml minyak jagung
1/2 sudu teh esen vanila

Bahan B
190 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder double action 
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan choc.chips

choc.chips secukupnya utk .tabur

Cara membuatnya
  • Satukan semua bahan A dalam bekas dan kemudian ayakkan bahan B ke dalam bahan A.Gaul rata sebentar sahaja.
  • Taburkan choc.chips di atasnya.Bakar dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 170'c selama 20 minit atau sehingga masak.

Sabtu, 11 April 2015

KONG-FU TOFU TELUR

 As-Salam buat semua..
Having my sweet time in the kitchen again..hari ini tidak bertugas.Macam biasa la saya masuk dapur,main masak-masak.Kadang-kadang tu saya sentiasa nantikan hari di mana saya berada di rumah sepanjang hari untuk mencuba resepi-resepi dalam my waiting list. 
Saya dah mula sibukkan diri semula dengan membuat semua perkara-perkara yang saya suka buat bila berada di rumah.Sepanjang hidup berada dalam realiti dunia medikal memang best.Tapi bila waktu bersendirian -baca puisi,baca novel,baca blog ,baca berita on-line,melukis dan akhir sekali memasak,mengambil gambar dan menulis blog ..saya boleh habiskan masa seharian dengan semua ini,ringan kepala sekejap..
KONG-FU TOFU TELUR
Sumber:Intai-Intai Dapur FHA thanks

Bahan A
3-4 batang tofu telur
minyak untuk menggoreng separuh tenggelam 

Bahan B
4 ulas bawang putih-hiris nipis
1 biji bawang besar saiz sederhana -hiris nipis
2 tangkai daun sup-potong 1/2 inci

Bahan C
3 cawan air
1 sudu teh serbuk cukup rasa
sedikit garam

Bahan D
1 sudu besar tepung jagung
1/3 cawan air biasa
*Satukan

Bahan E
1 biji telur ayam-pukul sedikit

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng tofu sehingga perang.
  • Menggunakan minyak yang sama(keluarkan minyak yang berlebihan),tumis bahan B dan masak hingga 3/4 garing.
  • Masukkan bahan C dan masak hingga mendidih.Masukkan pula bahan D .
  • Apabila kuah sudah mendidih kembali,tuangkan telur dalam bentuk pusingan (supaya telur tidak masak berketul).
  • Menggunakan garfu carik-carikkan sedikit telur tersebut.
  • Biarkan 1 minit, angkat dan curahkan ke atas tofu.
  • Taburkan dengan sedikit daun bawang dan cili merah.
  • Sedia untuk di hidangkan.