Semasa bercadang untuk membuka blog ini saya tidak bercadang untuk membuat blog masakan 100 peratus tetapi memandangkan banyak resipi yang tersimpan ,jadi banyaklah juga yang nak dituliskan disini.Saya ada beberapa resipi sendiri dan yang lain semuanya di cuba dari blog masakan yang lain.Saya akan cuba pula menulis pasal perkara-perkara lain jika ada masa.Internet pun dah ok sekarang sebab hari ini dah beli modem baru.Modem yang lama rupa-rupanya severe head injury ?cause.Walaupun duit dah terbang tapi puas hati sudah.Eh..lamanya membebel sorang-sorang.Jom kita minum air karot susu yang sejuk ni.
JUS KAROT SUSU
Sumber:Tiffinbiru.blogspot
Bahan-bahan
Sumber:Tiffinbiru.blogspot
Bahan-bahan
- 2 batang karot saiz besar-dikerat-kerat
- 1 cawan air
- 600ml susu rendah lemak
- air gula dan ais secukupnya
Cara membuatnya.
- Kisar halus karot dengan 1 cawan air.
- Tapis dan perah,ambil airnya dan masukkan dalam jag.
- Tambahkan susu dan air gula secukupnya dan rasa.
- Seeloknya biarlah manis buah sahaja.Tambahkan ais dan biarkan sejuk sekejap.Jom minum!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan