Selasa, 27 September 2011

SIAPA AKU

........... Rehatkan minda sekejap dari masak-memasak.


Muhasabah untuk kenal diri
Adakah kita benar-benar mengenali diri kita?siapa aku sebenarnya.
Dalam mencari dan mengenali diri kita sendiri,secara tidak langsung kita mencari kelemahan dan kekuatan diri.Dalam diri kita ini* ada yang kita tahu dan orang lain pun tahu,*ada yang kita tahu tetapi orang lain tidak tahu,*ada pula yang orang lain tahu dan orang lain tidak tahu,*ada juga yang kita tidak tahu langsung dan ini hanya Allah sahaja yang tahu.
Jika kita tahu kekuatan  dan kelemahan  diri kita,kita boleh mengawal diri.Dalam masa yang sama juga perlukan pandangan daripada orang lain mengenai kekuatan dan kelemahan diri kita tadi.Sekiranya ada orang memberitahu kekuatan dan kelemahan diri kita (dari pandangan orang lain) ia akan memberi motivasi kepada kita.Dan jika pandangan itu dalam bentuk negatif sekalipun kita terima dalam bentuk yang positif.   Salah satu cara untuk kita mengenali diri ialah dengan muhasabah diri iaitu menerusi diari.Diari memang menjadi rahsia peribadi seseorang itu, dalam masa yang sama ia menjadi rujukan untuk kita  melihat diri kita .Hari ini pastinya lebih baik dari semalam.
Pepatah Inggeris ada menyatakan bahawa you  can forgive but you cannot forget.Memang mudah untuk melafazkan kata-kata maaf tetapi sukar bagi kita untuk melupakan setiap perkara yang pernah dilakukan oleh seseorang itu terhadap kita.
Untuk memaafkan seseorang atau melupakan sesuatu perkara  memang sukar,jadi cara terbaik,meletakkan diri kita dalam suasana tenang,fizikal dan mental yang sihat ialah belajar untuk memaafkan  masalah itu ataupun individu yang memberi masalah.

Katakanlah kawan baik kita sendiri yang menikam kita dari belakang .Pastinya reaksi kita ialah marah dan geram hingga timbulnya rasa ingin membalas dendam.Kalau membalas dendam, adakah jiwa kita akan tenteram atau adakah ia satu kelakuan yang meggambarkan diri kita sendiri?.Sikap inikah yang mewakili diri kita?jadi cubalah untuk memaafkan  serta terima perangai kawan kita tadi seadanya.

Cuba kita melantunkan suara kita  sendiri(misalnya bercakap seorang diri),maknanya kita melepaskan geram pada diri kita sendiri,lafazkan apa yang ingin kita luahkan.Cara ini akan melegakan kemarahan  kita tadi dan kita akan rasa kepuasannya.
Cara ini dapat menghilangkan rasa tekanan kerana terlalu memikirkan masalah.Jika kita boleh mengawal diri ,ia adalah kekuatan diri yang dicari -cari selama ini.
"The strong is not the one who overcomes the people by his strengh,but the strong is the one who can control himself while in anger."

sumber:Puan Noraini-Ketua Jabatan Perkhidmatan Kaunseling UIAM
 GAMBAR:GOOGLE IMAGE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan