
Setiap manusia,Allah bekalkan dengan akal dan tubuh badan serta kekuatan tersendiri.Terpulang pada manusia itu untuk melihat dan mencari di mana kekuatan yang ada padanya dan menggunakan seluruh kekuatan tersebut.
Manusia memang punya kelemahan,namun dia juga ada kelebihan dan kekuatan dan keistimewaan diri sendiri.

Jika kita memilih untuk tidak merasa bahagia,kita akan merasa malang,walaupun banyak nikmat di sekeliling kita.
Cuba cari kelebihan diri dan gunakan ia sebaik mungkin.Senyum dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada adalah kunci kebahagiaan.Rasulullah berpesan bahawa, hidup orang islam bertuah dan bahagia kerana apabila dia mendapat nikmat,dia bersyukur dan apabila mendapat ujian ,dia bersabar.

Sumber:Datuk Dr.Mashitah-Majalah Wanita
Gambar:Cik Google
Tiada ulasan:
Catat Ulasan