Rabu, 26 Oktober 2011

MAKARONI BAKAR BEREMPAH


As-Salam buat semua..
Saya suka makan pasta.Salah satunya adalah Makaroni Bakar.Selain dari bakar, makaroni juga boleh di buat goreng dan di masak sup.Semuanya sedap tak kiralah masak apa cara pun...kalau hati sudah suka semuanya indah dan sedap belaka.
Makaroni tidak boleh di rebus lama sangat nanti ia akan menjadi lembik ..al-dente,orang kata,dan masakan yang di buat jadi tidak sedap.Cara-cara memasak pasta ada di terangkan dalam entri saya yang lepas.Sila rujuk pada info tentang pasta.

Makaroni Bakar Berempah
Bahan -bahan
  • 250 gm. makaroni
  • 400 gm.(1 paket )daging/ayam kisar Ramly 
  • 4 labu bawang besar-potong kiub
  • 1 labu bawang putih-cincang
  • 1 cm.halia-cincang
  • 1 peket bawang goreng
  • 1 ikat daun bawang/sup-potong halus
  • 1 biji cili merah-hiris halus
  • 4 sdb.cili kering kisar
  • 4 sdb.rempah kari daging Adabi
  • 1/2 peket sayur campur(frozen)
  • 8-10 biji telur ayam-di pukul sedikit
  • garam/gula secukup rasa
Cara membuatnya
  • Rebus air hingga mendidih .Letak sedikit garam dan masukkan makaroni dan sedikit minyak.Rebus sehingga makaroni masak.
  • Angkat dan toskan.Ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dadu,bawang putih dan halia cincang tadi.
  • Bila naik bau masukkan cili kisar dan goreng hingga cili masak .Masukkan rempah kari yang telah di bancuh dengan air.
  • Bila rempah kari masak, masukkan daging/ayam kisar,sayur campur dan gaul rata.
  • Tunggu hingga daging/ayam masak barulah di masukkan makaroni dan balik-balikkan hingga rata.
  • Padamkan api dan masukkan bawang goreng,daun bawang/sup,garam/gula dan telur(simpan telur sedikit utk.di curah atas makaroni sebelum di bakar).
  • Bila semua sudah bergaul rata masukkan di dalam bekas yang sesuai dan curahkan telur yang selebihnya tadi.
  • Bakar pada suhu 180'c sehingga masak.Bila masak sejukkan sebentar dan taburkan bawang goreng,cili yang di hiris dan daun sup/bawang.
  • Sedap di makan dengan sos cili dan mayones.Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan