TIP UNTUK MENDAPATKAN BISKUT YANG RANGUP.
- Gunakan mentega yang berkualiti untuk rasa biskut yang enak.
- Pukul mentega dan gula dengan sebati untuk mendapatkan biskut yang rangup.
- Anda perlu mengayak bahan penaik dan bahan kering lain seperti tepung sebelum mencampurkan dalam adunan mentega agar biskut yang bakar naik dengan sekata.
- Gunakan tepung halus(superfine) bagi mendapatkan hasil biskut yang rangup.
- Anda perlu memanaskan ketuhar 10 minit lebih awal sebelum membakar biskut.
- Lengserkan dulang pembakar dengan mentega sebelum menyusun biskut yang belum di bakar agar biskut yang di bakar mudah di tanggalkanselepas di bakar.
- Setelah adunan di campur dengan tepung,jangan menguli biskut terlalu lama kerana itu akan membuatkan biskut menjadi keras dan tidak rangup.
- Canaikan doh dengan ketebalan yang di sarankan adalah 5-8mm.
- Ketuhar standard mempunyai fungsi yang bolah dilaraskan ,pastikan anda mengetahui cara penggunaan ketuhar anda dengan betul.Jangka masa pembakaran adalah sekitar 10-12 min. dengan kepanasan 180'c.
- Biskut yang belum di bakar perlu di susun tidak terlalu rapat dan seeloknya perlu disusun selang satu jarak diantara satu biskut dengan biskut yang lain.
- Elakkan menyimpan biskut yang masih panas di dalam balang biskut kerana wap dari biskut panas akan membuat biskut menjadi lemau.Biar ia sejuk sebelum di susun dalam balang biskut.
Gambar:Cik Google
Tiada ulasan:
Catat Ulasan