Jumaat, 23 Disember 2011

BELUT GORENG BEREMPAH


Selamat berjumpa kembali.Selepas 'mengharungi'kerja malam yang memenatkan sekarang tibalah masa untuk saya 'meringankan 'kepala dengan menulis blog.Inilah terapi yang paling berkesan untuk saya memulihkan kembali otak yang letih.
Dulu-dulu dengar nama belut pun dah terasa gelinya apatah lagi bila menengoknya.(Sebab tu lah orang putih panggil Eel sebab dia orang dengar orang melayu sebut eeiii!! gelinya.)Tetapi bila dah selalu tengok my bodyguard makan(kat kedai makan)saya dah jadi biasa.Sampai sekarang saya masih tidak dapat makan belut tapi dah dapat memasaknya.Nak buat macam mana ,bila si dia suka makan kita kena buat juga(dengan hati yang rela!).Belut goreng berempah ni dia selalu makan tapi kena beli yang dah siap di potong kat pasar tani tu,kalau tidak boleh lari keliling dapur!.Yang lain semuanya dia buat,saya cuma tunggu goreng sahaja..
BELUT GORENG BEREMPAH
Sumber:Suzanazamri.blogspot


Bahan-bahan
  • 300 gm.belut-dipotong pendek
  • 1 sdb.serbuk kari ikan
  • garam secukup rasa
  • 1 sdb.cili kering kisar
  • 1 sdb.bawang merah kisar
  • 1 sdk.serbuk kunyit
  • 1 sdk.serbuk cukup rasa Maggi
  • 1 labu bawang besar-potong bulat
  • cili padi-potong halus.
Cara membuatnya
  • Bersihkan belut yang telah di potong dan masukkan ke dalam bekas.
  • Tambahkan sedikit garam,serbuk kunyit,serbuk kari ikan,cili kering kisar,serbuk cukup rasa dan bawang merah kisar.
  • Gaulkan hingga rata kemudian perap selama 15 min.
  • Panaskan sedikit minyak dan goreng belut perap tadi hingga garing.Tambahkan bawang besar dan cili padi.Gaulkan dalam kuali sebentar hingga rata,  bila siap bolehlah dihidangkan.

1 ulasan: