Jumaat, 23 Disember 2011

19 WANITA

19 HADIS NABI MENGENAI WANITA

Hari ini,ketika catatan ini di tulis- 23 December 2011 pukul 6.40 pagi.Salam sejahtera untuk semua,kita baca tazkirah hadis Nabi tentang wanita.
  • Doa orang perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki.Ketika di tanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,jawab Baginda,'ibu lebih lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak sia-sia.
  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para Malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan  dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad ke jalan Allah.
  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Apabila telah lahir(anak)lalu di susui,maka bagi ibu  itu setiap satu tegukan daripada susunya di beri satu kebajikan.
  • Apabila semalaman (ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah memberikan pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
  • Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan di haramkan api neraka ke atas tubuhnya.
  • Barangsiapa membawa hadiah(barang makanan dari pasar ke rumah)lalu di berikan kepada keluarganya,maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah -olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
  • Perempuan apabila sembahyang lima waktu,puasa sebulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya,masuklah dia dari pintu syurga mana yang dia kehendakki.
  • Wanita yang solehah(baik)itu lebih daripada 1,000 lelaki soleh.
  • Aisyah berkata,'aku bertanya pada Rasulullah,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?jawab Rasulllah,'suaminya.'Siapa pula berhak ke atas lelaki?',jawab Rasullah ,'ibunya.'
  • Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu,maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  • wanita yang taat akan suaminya,semua ikan -ikan di laut,burung di udara, Malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya  beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka  dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak di hisab.
  • Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Nabi s.a.w) di dalam syurga.
  • Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab,maka baginya syurga.
  • Daripada Aisyah r.a.Barangsiapa yang di uji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya,lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
Sumber:Majalah Wanita 1998
Gambar:Cik Google

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan