Polos..maknanya kosong.Kosong yang di maksudkan ialah kek yang tidak di salut ataupun di hias dengan aising,coklat cair ataupun dilapis dengan krim.Sukatan biasanya dengan menggunakan cawan.
Ramai yang memberi komen,sukatan metrik menyusahkan kerana kena sukat.Paling senang sukat dengan cawan sahaja.Memang pun,tapi sukatan metrik jangan di lupakan kerana sekarang kita berada di tahun 2012.Sesekali bolehlah ya,tapi kalau semua nak di sukat menggunakan sukatan lama tak boleh juga.
Berbalik cerita pasal kek polos ni,kalau nak beraya atau nak di bawa ke mana-mana,kek macam ni senang nak di hidangkan.Nak makan pun senang ,tak lah comot tangan dan mulut terkena aising.Tapi tak bermakna kek yang di hias tu tak elok.Jangan salah anggap.Cuma kita nak menggamit nostalgia lama.
Setiap kali makan kena lap pulak kerja kita.Kalau budak-budak makan pun tak kisah,tak risau hati kita kalau -kalau aising mencomotkan meja,kerusi dan karpet rumah kita.Maklumlah raya namanya,kalau boleh nak tengok rumah sentiasa kemas.
Dalam membuat kek kita kadang kala taksub dengan sukatannya.Yang penting, tepung selalunya satu cawan,mentega satu cawan,gula satu cawan dan telur empat biji dah boleh di jadikan kek.Yang lain,cuma bahan-bahan tambahan.Kalau tepung di banyakkan kita boleh bubuh susu segar ataupun cecair lain yang sesuai.Yang penting bila semuanya sudah di pukul,kadar kepekatan adunan itu tidaklah terlalu cair dan pekat.
Kadangkala kek yang tak naik ini sedap juga rasanya sebab ia akan jadi lebih lembab dan basah.Macam rasa kek lapislah ibaratnya,keknya mana naik tinggi.Sebab ia di bakar berlapis-lapis dan di sapukan dengan jem dan kaya ia akan menjadikan kek itu lembab.
Kalau kek yang terlalu gebu naiknya tak sedap juga sebab rasa enak kek ini tidak dapat di nikmati.Macam makan tepung berderai.Rasanya tak lekat di tekak.Oleh itu ,yang pertama kali nak buat kek tu janganlah takut-takut.Buat sekali tak menjadi jangan putus asa.Paling tidak kena korbankan sedozen telur dan sekilogram mentega,baru ia menjadi. Ada yang buat sekali dah menjadi,itu kira nasib memang baik.
Seronok tau belajar membuat kek.Kalau dah jadi sekali,pasti lepas itu anda akan terus ingin mencuba buat lagi.Lepas tu mulalah kek itu akan di tambah dengan pelbagai perisa.Nak bubuh itu dan ini sebagai bahan tambahan.Tak salah.Asal ia masak dan boleh di makan tak kisahlah!.
Apapun kalau di bakar dalam oven pasti akan masak,tinggal lagi sedap atau tidak.Bukannya kita makan tepung mentah.Oleh itu baiklah mencuba.Tapi yang dah pandai buat kek tu tak payahlah lagi.Kalau tak ada oven di rumah pakai oven hitam cap Kupu-Kupu tu pun boleh.Lagipun oven bukannya mahal sangat pun sekarang,kalau yang biasa tu ada lah dalam Rm 150 sahaja.
Pendek kata ,kalau nak raya atau buat majlis apa pun kalau rumah tak bau kek memang tak meriah!.
Sumber:Majalah Saji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan