Rabu, 2 Mei 2012

PUDING ROTI LAPIS COKLAT


Selamat berbahagia buat semua yang sudi singgah di dapur maya saya ini...

Resipi Puding roti lapis coklat ini saya dapat dari blog Puan Ros juga iaitu di adaptasikan dari resipi sebenarnya adalah Puding roti koko.Saya telah     menggantikan serbuk koko dengan coklat masakan yang di parut kasar.Terasa lebih coklatnya.....
Di bawah ini saya letakkan resipinya yang sebenar.
PUDING ROTI KOKO(Puding roti lapis coklat)
Sumber:Puan Ros-Sinaran Menu.Blogspot

Bahan-bahan
  • 8 keping roti
  • 2 1/2 cawan susu segar
  • 200 gm.gula
  • 4 biji telur
  • 1 sdk.serbuk kayu manis(jika suka)
  • serbuk koko secukupnya- untuk tabur
  • secubit garam
  • sedikit mentega
Cara membuatnya
  • Potong dua setiap keping roti,jangan di buang tepinya.
  • Dalam mangkuk masukkan susu,gula ,telur,garam dan serbuk kayu maniskacau sebati hingga gula larut dan ketepikan.
  • Ambil loaf pan dan sapu mentega di sekelilingnya.Aturkan 4 keping roti di dasarnya.Taburkan serbuk koko di permukaan roti menggunakan penapis teh(saya menaburkan coklat parut kasar).
  • Susun 4 keping roti lagi di atas lapisan taburan serbuk koko tadi dan ulang proses sehingga roti habis.Jangan tabur serbuk koko di atas lapisan atas sekali.
  • Curahkan adunan susu dengan menggunakan sudu besar di atas lapisan roti secara perlahan-lahan ,ambil masa supaya semua roti meresap dengan adunan susu dan curahkan lagi hingga semua adunan susu habis.
  • Ketepikan selama 20 min.setelah 10 min.Tekan bahagian atas roti dengan roti dengan sudu supaya lebih banyak bahan susu akan menyerap pada bahagian atas lapisan roti.
  • Panaskan oven dan bakar dengan suhu 170'C selama 45 min.atau sehingga bahagian atas nampak garing.Sejukkan sebelum di potong untuk di hidangkan.
Nota(menambah dari resipi sebenar)
*saya telah mengurangkan sukatan gula dan menambahkan susu pekat manis di dalam adunan susu.
*saya telah meninggalkan sedikit adunan susu untuk di curahkan di atas lapisan atas sekali sebelum membakar puding roti ini.
*saya telah meletakkan coklat parut di atas sekali lapisan roti sebelum membakarnya
*saya telah menaburkan kismis dan buah ceri merah dan hijau di antara lapisan roti dan di lapisan atas sekali puding roti ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan