Rabu, 2 Mei 2012

TUNA HORN


Selamat berbahagia buat semua...
Semalam saya bercuti kerana cuti umum sempena Hari Buruh yang jatuh pada 1 Mei setiap tahun.Masuk dapur macam biasa buat eksperimen main masak-masak.Lagipun tiada aktiviti lain yang perlu di buat dengan segera.Lepas pukul 2 petang barulah check-out dari dapur..
Resipi Tuna horn ini saya dapat dari blog Puan Ros-Sinaran menu.blogspot.Banyak jumpa resipi yang mudah -mudah dekat dapur maya Puan Ros
terimakasih kerana sudi berkongsi resipi ini.

TUNA HORN
Sumber:Sinaran menu.blogspot

Bahan-bahan
  • 1 tin tuna in water oil(buang airnya)
  • 1/2 biji bawang besar-potong dadu
  • 3 sdb. mayonis
  • sedikit serbuk lada putih
  • 5 keping roti prata kawan
  • mozarella cheese
Cara membuatnya
  • Roti prata di potong dua
  • di dalam mangkuk campurkan tuna,bawang besar,mayonis dan serbuk lada putih.Kacau sebati
  • prata yang di potong tadi di buat kelongsong dan masukkan 1 sudu makan inti tuna.Letakkan sedikit cheese di atasnya.
  • Bakar dalam suhu 180'C selama lebih kurang 20 min.atau sampai prata kekuningan.
Nota
*Boleh sapukan susu segar atau kuning telur sebelum di bakar
*Gulung bentuk kon roti pratha frozen ketika ia masih separa keras.Jika sudah betul-betul nyah-beku ia susah untuk di gulung sebab lembik dan melekat.
*Saya telah menaburkan nestum hancur di atas roti prata sebelum di bakar.Boleh juga di letak bijan sebagai tambahan(tiada dalam resipi).
*Saya menggunakan roti prata bawang di dalam resipi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan