Isnin, 7 Mei 2012

SAYUR TUMIS BAYAM MERAH DAN KUBIS



Salam bahagia buat semua......
Hari ini di mulakan dengan resipi sayur.Saya suka masak dan makan semua jenis sayuran hijau dan sayuran berubi.Sayur bayam merah ini di campur dengan daun kubis sangat menyelerakan di hidang pula pada waktu makan tengahari(sebenarnya waktu makan tengahari saya itu adalah pada waktu petang...)                                                   
SAYUR TUMIS BAYAM MERAH DAN KUBIS
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan(3 orang makan)
  • 2 ikat bayam merah-rendam air dan siramkan di air mengalir.
  • 4 helai daun kubis
  • 2 sudu besar ikan bilis-cuci dan toskan
  • cili padi-di ketuk
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • sos ikan
  • 3 ulas bawang putih-cincang 
  • 2 ulas bawang merah-hiris nipis
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik baunya.
  • Masukkan sos tiram dan tambahkan air secukupnya.
  • Tambahkan ikan bilis dan kiub pati ikan bilis.
  • Bila kuah mendidih masukkan sayur-sayuran dan cili padi yang telah di ketuk.
  • Sesuaikan rasanya dengan sos ikan dan serbuk lada hitam.
  • Bila nampak sayur hampir masak bolehlah di padamkan api dan hidangkan.
*saya tidak menggunakan serbuk perasa dan garam di dalam masakan sayur ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan