Salam bahagia buat semua...
Pada 2 jun yang lepas saya dan keluarga(he..he macam intro karangan pulak)telah menghadiri majlis perkahwinan di sebelah keluarga suami di Kampung Padang Landak,Jerteh Terengganu.Majlis perkahwinan ini di buat secara sederhana tetapi cukup meriah kerana saya dapat bertemu dengan semua orang di sebelah keluarga suami yang sudah lama saya tak jumpa.

Noraisha Asni yang di panggil Adik Nor di dalam keluarga kami adalah seorang guru yang mengajar di Kuala Lumpur dan pasangannya Abdul Syahrin juga adalah seorang guru yang berasal dari Sarawak dan sekarang ini sedang mengajar di Sarawak.Ini kira perkahwinan jarak jauh- nun di seberang lautan kita terpisah jua bila sekolah mula di buka.waaa..sedihnya!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan