Sudah hampir sebulan lebih saya tidak membakar kek.Memandangkan semua bahan-bahan masih ada lagi baki untuk hari raya pada bulan lepas,saya bercadang untuk membuat kek cawan.Ia comel berhias cantik dan mudah memikat selera.Anak-anak pun dah minta saya buatkan kek sebab dah lama mereka tak nampak kek kat atas meja.Saya buat kek cawan sebab ia cepat dan mudah(malas melanda tapi kena buat juga!).
OREO CUP CAKE
Sumber:Azlita Masam Manis.Blogspot
Bahan-bahan
- 250 gm .mentega
- 1 cawan gula kastor
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 1 sudu kecil baking powder
- 4 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 8-10 keping biskut oreo-kisar halus
- Panaskan oven dan ayak tepung naik sendiri bersama baking powder.
- Campurkan mentega,gula ,tepung,telur dan esen vanila dan pukul selama 2 minit.Jangan terlebih pukul ye!.
- Tuangkan adunan ke dalam paper cup dan susun di atas tray.
- Bakar dalam oven dengan suhu 170'C selama 10-15 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan sebentar dan bolehlah di hias mengikut kesukaan masing-masing.
- 80 gm.mentega
- 200 gm.krimwell
- 350 gm.golden syrup
- Pukul mentega dan krimwell hinga kembang.
- Masukkan golden syrup perlahan-lahan dan pukul lagi hingga rata.
- Bolehlah diletakkan pewarna mengikut pilihan sendiri
Tip untuk kek cawan
Sumber:Chef Norzailina Nordin
- Jangan isikan adunan sehingga 3/4 penuh kerana kek akan menjadi sama rata dengan tepi keliling bila sudah masak.
- Ini merugikan kerana anda perlu membuang bahagian atasnya untuk menyapu aising kek.
- Sebaik-baiknya timbang setiap adunan supaya sama banyak.Jika tidak, kek anda ada yang penuh dan ada yang kurang.Jika kurang anda akan menggunakan lebih banyak aising.
- Untuk acuan sederhana besar 44 gm.sudah memadai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan