Rabu, 12 September 2012

ROTI SOSEJ PINTAL

Salam bahagia seperti selalu... 
Selepas hari raya, baru kali ini saya berpeluang semula menguli roti.Roti ini selalu di buat supaya petang-petang nanti kalau nak buat cicah dengan air Nescafe,roti sudah ada di depan mata.Fresh from my oven lagi...

ROTI SOSEJ
Sumber:www.tiffinbiru.com  thanks
Bahan untuk doh roti
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca besar penuh susu tepung
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 gram telur (pukul 1 biji telur, dan timbang 30 gram)
  • 6 gram instant yeast (mauripan)
  • 30 gram mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna breadmaker guna air biasa)
Bahan lain
  • 14 batang sosej Ayamas
  • Telur untuk disapu (baki 30 gram tadi)
  • Bijan untuk hiasan
Cara membuatnya
Untuk doh

  • Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali air, gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Kemudian uli hingga mendapat doh yang elastik, lembut dan tidak melekat dimangkuk adunan, uli 10 - 15 minit tanpa henti.
 Untuk sosej roll
  • Sosej dicelur sekejap dalam air panas, toskan dan biar sejuk, lap kering dengan paper towel. Ketepikan. 
  • Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja. Ratakan doh.
  • Potong kepada 14 jaluran sama saiz. Ambil 1 sosej, dan lilit dengan 1 jaluran doh tadi, pastikan ianya bertindih, dan hujung doh, selitkan dibahagian bawah doh. Kemaskan dan susun dalam loyang pembakar. 
  • Buat hingga siap. Untuk cara melilit, anda boleh lihat gambar di atas
  • Sapu telur pada permukaan roti dan tabur sedikit bijan.
  • Bakar dalam oven pada suhu yang telah dipanaskan pada suhu 190'C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan roti atas jaringan. Hidangkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan