Rabu, 3 Oktober 2012

PUDING YORKSHIRE
























Salam bahagia buat semua...
Saya mencuba resepi Puding Yorkshire ini setelah melihat resepinya di blog Puan Ros.Dulu-dulu semasa di sekolah menengah resepi Puding Yorkshire ini ada dalam buku resepi masakan pada masa itu,tetapi saya tak pernah cuba untuk membuatnya.Kejadian puding ini tidak seperti yang ada dalam blog Puan Ros.Bahagian atas sepatutnya tenggelam sedikit tapi yang saya buat ni timbul pulak permukaanya.Macam tu la kalau budak baru belajar!(eh..eh budak ke?).
Yorkshire Pudding and Roasted beef adalah makanan kebangsaan orang-orang England.Bentuknya yang kelihatan seperti mangkuk kecil yang comel membolehkan kita meletak inti didalamnya.Kita makan dengan pelbagai inti yang direka sendiri.Saya hanya menggunakan krim putar dan buah strawberi sahaja sebab pada masa tu tiada inti yang sesuai(versi manis).Boleh juga di masak daging hancur,tuna mix mayonis dicampur pula hirisan dadu timun tanpa biji dan bawang besar.Juga boleh digoreng telur hancur campur kobis dan bawang besar yang dihiris halus.Terpulang pada citarasa masing-masing.                                       
PUDING YORKSHIRE
Sumber:Sinaran Menu.blogspot

Bahan-bahan
  • 170 gm. tepung gandum
  • 180 ml susu segar
  • 120 ml air biasa
  • 2 biji telur
  • secubit garam
  • minyak masak secukupnya
Cara membuatnya

  • Pukul telur sekejap,masukkan susu dan air dan pukul lagi dalam 2-3 minit.
  • Campurkan tepung gandum dan garam di dalam mangkuk dan buat lubang di tengah.Tuang adunan telur dan susu sedikit demi sedikit dan kacau rata.Kacau hingga adunan sebati dan tapis ke dalam mangkuk yang bersih.
  • Panaskan oven dengan kepanasan 220'C.Masukkan lebih kurang 1sudu kecil minyak masak ke dalam acuan muffin.Pastikan seluruh acuan juga disapu minyak.
  • Masukkan acuan muffin ke dalam oven dan tunggu hingga minyak betul-betul panas atau kedengaran bunyi sizzle dan berasap sikit.
  • Keluarkan acuan tadi dari oven dan tuangkan adunan puding hingga penuh.Masukkan semula ke dalam oven dan masak dalam 10 -15 minit dan puding kelihatan keperangan. 
  • Angkat dan sejukkan.Boleh dihidang dengan inti pilihan masing-masing atau roasted beef.

*Nota
Puding akan mengelembung semasa proses memasak dan akan turun semula selepas dikeluarkan dari oven.Sekiranya ada sedikit minyak dalam lekukan puding tadi setelah masak sapukan saja minyak tu dengan kitchen towel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan