Salam bahagia buat semua...
Musim cuti sekolah sudah bermula.Program saya nak buat macam-macam resepi dalam my wishing list.Entahlah kesampaian atau tidak.Asyik kerja memanjang sahaja.Kat mana la saya nak celah badan ni nak ambil cuti,dapat 3 hari pun cukuplah.List menunggu yang nak bercuti tak putus-putus(sesi mencurah perasaan!).Marble Cheese kek ini pun saya buat semasa sehari bercuti pada minggu lepas.Baru sekarang dapat masuk blog.
MARBLE CHEESE CAKE
Sumber:Puan Ros-Sinaran menu.blogspot
Bahan-bahan
- 250 gm.mentega
- 1 cawan serbuk koko
- 3 biji telur gred B
- 1 1/2 cawan gula kastor saya letak 1 cawan shj.
- 1/2 cawan susu cair
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya
- Cairkan mentega dengan api sederhana,padam kan api dan masukkan serbuk koko.Kacau rata
- Pukul gula dan telur hinga sebati.Masukkan ke dalam adunan mentega-koko.Kacau sebati.
- Masukkan susu dan kacau lagi hingga semua sebati.
- Masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit sambil di kacau hingga sebati.Akhir sekali,masukkan esen vanila dan kacau rata.
- Panaskan oven pada suhu 175'C.Alas loyang 10"x10" dengan baking paper.Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan kek apabila masak kelak.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan.tinggalkan sedikit untuk membuat corak marble di atas lapisan cheese nanti.
- Bakar selama 20 minit.
- Keluarkan kek dari oven dan biarkan selama 5 minit.Tuang adunan cheese ke atas kek dan ratakan.Paipkan baki adunan coklat ke atasnya dan lorekkan corak mengikut citarasa.
- Bakar lagi selama 15 minit atau sehingga lapisan cheese kelihatan masak dan kering.
- Sejukkan sebelum kek di potong.Saya memotongnya ketika masih suam sebab itulah tepi kek nampak tidak licin.
Bahan-bahan untuk lapisan cheese
- 250 gm.cream cheese
- 1 cawan gula kastor saya guna 3/4 cawan
- 1 biji telur gred B
Cara membuatnya
Pukul cream cheese hingga gebu.Masukkan gula dan pukul lagi ,kemudian masukkan telur.Pukul hingga semua bahan sebati dan tidak berketul/licin.
Salam hujung minggu. Terima kasih sudi bertandang ke blog saya. Wah sedapnya makan cheese brownies dengan minuman hangat.
BalasPadamSalam Suzana thanks ya singgah dapur akak..ni akak datang kunjung balas dan follow..nice piece of work.
BalasPadamSelamat pagi Suzana,
BalasPadamkunjungan balas ke dapur Suzana.... happy cooking! Jom sama-sama meriahkan dunia masakan tanahair kita!
sedap ni....dah lama kak ros tak buat ni...rasa nak buat jugak.
BalasPadamuntuk kak Ros-terimakasih di atas perkongsian resepi dari kak Ros tu.memang menjadi .anak-anak pun suka.
BalasPadamUntuk Amie-terimaksih kerana sudi berkunjung ke dapur saya yang tak glamer ini dan sudi menjadi kawan di seberang lautan ini.