Isnin, 12 November 2012

UDANG GORENG MANIS LADA HITAM


Salam bahagia di angin lalu...
Selamat bercuti buat semua yang sedang bercuti.Hari ini saya masuk dapur sebentar menyediakan hidangan makan tengahari.Masak udang yang mudah sahaja.Anak-anak pula musim cuti ni asyik nak makan sahaja.Tak menang tangan 'tukang masak' yang selalu keletihan ini nak membuatnya!.

UDANG GORENG MANIS LADA HITAM
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 15-20 ekor udang saiz sederhana
  • 2 sudu besar sos lada hitam Life
  • 1 sudu besar saus manis ABC Heinz
  • 2 sudu besar sos cili thai
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 biji lada merah besar-hiris nipis
  • 1 biji bawang besar-potong bulat
  • 1 sudu teh maggie cukup rasa

Cara membuatnya
  • Bersihkan udang dan perap dengan semua bahan di atas kecuali bawang ,lada merah dan serbuk lada hitam
  • Panaskan sedikit minyak dan masukkan udang .Goreng udang sebentar.
  • Masukkan bawang besar dan lada merah serta serbuk lada hitam.Gaul sebati sambil teruskan menggoreng sebentar lagi.
  • Bila kulit udang kelihatan merah,sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.
  • Hidangkan bersama nasi putih.

5 ulasan:

  1. Salam Su,kak Ros singgah sini kejap.Segar2 udang tu ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye la kak Ros.memang segar,masa beli warnanya masih kehijauan lagi.jemput makan kak Ros.

      Padam
  2. Owh... udang! Masak apa pun sodap... lagilah masak begini....

    BalasPadam
  3. memang sodap,selalu je cakap nak diet,nampak udang ni,diet entah ke mana!!

    BalasPadam