Isnin, 11 Februari 2013

JEJARI ROTI DIP JAGUNG

Salam bahagia buat semua...

Hari ini adalah hari ke-3 saya menghabiskan cuti di rumah,makan kenduri sana-sini,badan pun rasa semakin berat..hari ini banyak masa di habiskan dengan blog walking ke sana ke mari sambil cari kawan baru,baca resepi yang sedap-sedap(semuanya rasa nak cuba buat) dan follow blog-blog yang menarik.Dapat ramai kawan kat alam maya ni best juga.Secara tidak langsung lebih ramai orang kita dapat berhubung walau tidak kenal antara satu sama lain dan yang penting dapat kongsi resepi yang menarik.Resepi hari ini adalah resepi ringkas dari Majalah Sedap.

Rasanya rangup dan ketika sedang membuatnya juga kita teringin terus  menikmatinya!..
 
JEJARI ROTI DIP JAGUNG
Sumber:Majalah Sedap bil.29,2010

Bahan-bahan
5 keping roti tawar-potong tepinya
3 sudu makan mentega-di cairkan

Bahan pencelup/dip
100 gm mayonis
75 gm krim jagung manis
30 gm keju cheddar parut

Cara membuatnya
  • Sapukan roti dengan mentega cair.Potong memanjang selebar 1 cm.
  • Bakar selama 10 minit dengan suhu 180'C sehingga roti jadi rangup/kering.Sejukkan sebentar.
  • Bahan pencelup/dip di campurkan kesemuanya dan di kacau rata.Saya tambah 1 sudu teh gula untuk imbangkan rasanya.
  • Hidangkan roti dengan bahan pencelup/dip.
*Roti bakar ini boleh di simpan di dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk bersama pencelupnya jika ingin di makan sejuk.Roti tetap juga rangup.

2 ulasan:

  1. Memang nampak sungguh menyelerakan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kudapan ringkas yang amat mudah untuk di sediakan.betul tu Amie ia sungguh menyelerakan.

      Padam