Sayur untuk hari ini adalah masakan Sayur terung goreng cili yang di makan bersama Nasi putih dan Ikan goreng,simple sahaja tetapi ia membuka selera.Saya menggunakan terung bulat yang di belah dua.
TERUNG GORENG CILI
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
10 biji terung bulat-belah dua
2 ulas bawang merah
5 biji cili padi
1/2 labu bawang besar-hiris nipis
3 ulas bawang putih
50 gm ikan bilis
sedikit sos ikan
Cara membuatnya
- Panaskan sedikit minyak dan goreng terung sekejap.Ketepikan.
- Tumbuk bawang merah,bawang putih dan cili padi bersama hingga hancur.
- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang di tumbuk dan bawang besar tadi.
- Masukkan terung dan ikan bilis dan di gaul rata. Tambahkan sos ikan secukup rasa.
- Angkat dan hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan