Hari ini masak Tom yam yang ringkas sahaja kerana sudah lama tidak membuat hidangan yang berkuah.Tujuannya nak habiskan bahan-bahan yang sudah lama berada dalam peti ais.Itu pun masih berbaki lagi kerana saya hanya masak untuk 3 orang sahaja.Anak-anak tak makan Tom yam ni sebab mereka tak makan hidangan berkuah kecuali kuah gulai ayam/daging sahaja.
TOM YAM CAMPUR
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
- 8 ekor udang
- 2 ekor sederhana besar
- 1/2 isi dada ayam
- 2 kiub pati tom yam/2 sudu besar pes tom yam
- 4 helai daun limau purut
- 3 biji bawang putih-di ketuk
- 1/2 biji lada benggala hijau
- 1 batang karot kecil
- 5 biji cili padi-diketuk
- 1/2 labu bawang besar
- 2 batang serai-diketuk
- jus limau nipis
- air secukupnya
- garam/gula secukup rasa
Cara membuatnya
- Masukkan bawang putih serta bawang besar dalam periuk dan tambahkan air secukupnya untuk kuah tom yam.Tambahkan kiub pati tom yam.
- Masukkan karot ,cili padi dan daun limau purut serta serai dan renehkan sehingga ia mendidih.
- Tambahkan sotong,ayam dan udang.Bila semua bahan masak masukkan lada benggala,jus limau nipis,garam dan gula secukup rasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan