Khamis, 11 April 2013

AYAM GAJUS


As-Salam buat semua...

Resepi Ayam gajus yang sedap ini saya kongsikan dari blog Home sweet home.Saya menggunakan isi paha ayam yang di potong dadu dan apabila di masak ia menjadi lembut dan sedap di makan.Sesuai juga di gunakan isi dada ayam.Mari kita tengok resepinya..

AYAM GAJUS

Bahan A
  • 600 gm isi ayam (dipotong dadu)
  • 1 sudu besar tepung jagung   saya guna tepung ubi 
  • 1 sudu kecil garam
Bahan B
  • 100 gm kacang gajus - dibakar/digoreng tanpa minyak
  • 3 tangkai cili kering - dihiris
  • 2 biji bawang besar - dipotong dadu kasar 
  • 4 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 inci halia - dihiris
  • 1 biji lada benggala hijau - dihiris memanjang/dadu saya guna hijau ,merah dan kuning
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/4 cawan air
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara membuatnya
  • Gaulkan isi ayam bersama garam dan tepung jagung/tepung ubi.
  • Panaskan minyak dan gorengkan ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  • Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
  • Masukkan lada benggala, isi ayam, sos tiram, sos cili dan sedikit air.
  • Biarkan kering dan tutup api.
  • Masukkan kacang gajus dan kacau rata.
  • Sedia dihidangkan.

2 ulasan:

  1. Sedapnya ni...mkn dgn nasi panas pun dah ok sngt2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap dan berselera sekali jika di makan dengan nasi panas..

      Padam