Hari ini entri biasa-biasa sahaja ,makanan kesukaan saya iaitu sayuran.Ia di buat dengan penuh warna-warni ,makan pula dengan nasi putih dan ikan goreng sungguh menyelerakan.
SAYUR GORENG CAMPUR
Olahan;daridapursuzana
Bahan-bahan
6 ekor udang-buang kulit dan belah belakang
5 biji cendawan shiitake-rendam air dan potong nipis
1/2 batang karot-potong bulat
1/2 biji lada capsicum kuning,hijau dan merah
1 biji tomato-buang biji dan potong lapan
4 biji bebola ikan-potong nipis
6 tangkai kecil bunga kubis
2 sudu besar sos tiram
1/2 kiub pati ayam
4 ulas bawang putih-di ketuk
3 sudu besar minyak zaitun
1/2 cawan air
Cara membuatnya
- Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih hingga naik baunya.
- masukkan udang,karot,bunga kubis dan bebola ikan dan setengah cawan air.Tumiskan sebentar.
- Tambahkan sos tiram,kiub pati ayam,cendawan shiitake dan gaul rata dan sebati.Biarkan kesemuanya hingga bahan-bahan masak.
- Akhir sekali masukkan lada capsicum dan tomato.Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat
Ni special punya sayur goreng campur ni... mengancam!
BalasPadamSpecial untuk Amie,kalau sedang berpantang tu makan lah sayur banyak2 ye!
BalasPadam