Jumaat, 10 Mei 2013

BAKUL ROTI

As-Salam buat semua..

Bakul kecil  roti berisi buah ini saya buat demi menghabiskan roti yang dah dekat tarikh luput.Daripada di biarkan begitu sahaja lebih baik di buat sesuatu supaya cepat habis.Bahan-bahannya pun mudah sahaja.

BAKUL ROTI
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
8 keping roti sandwich
buah-buahan pilihan seperti-honey dew,epal,nenas kiub ,peach atau apa saja buah pilihan
yogurt secukupnya
1 sudu besar mayonis
1 sudu teh gula

Cara membuatnya
  • Potong kiub kecil buah-buahan pilihan dan gaulkan bersama yogurt,mayonis dan gula.Simpan di dalam peti sejuk.
  • Ambil roti dan masukkan ke dalam acuan kek cawan/muffin dan bakar sebentar di dalam oven hingga garing sedikit.Sejukkan.
  • Ambil sesudu buahan dan letakkan ke dalam bakul roti.Sedia untuk dimakan.

5 ulasan:

  1. salam suzana..

    bagus gak idea ni kan..kreatif..daripada buang baik guna jadikan sesuatu yang unik..

    BalasPadam
  2. Hi Suzana, wow! First time saya tengok ni bakul roti. Outstanding!
    And you are a very good photographer too. Your pics really enhances your very delicious roti bakul.
    Looking at the pics, I think 3 pieces will be good for me, ha ha.
    Can see you ada black belt in baking.

    Noticed your profile you a paramedic? Good for you! First time I read of someone a paramedic.
    You have a great weekend and keep a song in your heart.
    Lee.

    BalasPadam