Rabu, 8 Mei 2013

IKAN KELI GORENG DAUN KESUM

As-Salam buat semua...

Ikan keli biasanya di masak gulai dengan daun kesum,tapi hari tu saya goreng sahaja dengan daun kesum.Sedap di makan dengan nasi putih dan tambahan pula ada aroma daun kesum yang wangi dan ia rangup sahaja bila di goreng.

IKAN KELI GORENG DAUN KESUM
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
2 ekor ikan keli -saiz sederhana
1 sudu besar rempah kari
1 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
beberapa tangkai daun kesum
beberapa biji cili padi-potong kecil
sedikit tepung gandum-utk.basuh ikan keli

Cara membuatnya
  • Bersihkan ikan keli,basuh dengan tepung gandum ,bilas dan toskan.
  • Gaul ikan keli dengan serbuk kari,kunyit dan garam secukup rasa .Perapkan sebentar.
  • Panaskan minyak dan goreng ikan keli hingga garing.Angkat dan ketepikan.
  • Dengan minyak yang sama,goreng pula daun kesum dan cili padi hingga garing dan gaulkan bersama ikan keli tadi.
  • Sedia untuk di hidangkan.

2 ulasan:

  1. assalam suzana
    mana nk cari daun kesom ni he heee nampak menyelerakan.
    asben akak memang gemar ikan keli ni

    BalasPadam