Rabu, 22 Mei 2013

KUIH PUTERI AYU BERKACANG

 As-Salam buat semua..

Selalunya kalau buat Kuih Puteri Ayu mesti di letak inti kelapa putih sahaja tapi kali ini saya ubah-suai dan tambah kacang tanah tumbuk ke dalam inti kelapa.Rasanya lebih kurang sama sahaja cuma bila makan tu terasa mengunyah kacang rangup di dalam intinya.
KUIH PUTERI AYU BERKACANG
Sumber:Ibu Ammar/www.facebook.com/buku resepi
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum +1 sudu kecil baking powder
1 cawan gula
2 biji telur
3/4 cawan santan
1 sudu kecil ovalette
sedikit pewarna hijau
sedikit pandan paste   saya tambah

Inti kelapa
1/2 biji kelapa parut putih
sedikit garam
2 sudu kecil gula    saya tambah
2 sudu kecil tepung jagung/tepung ubi
2 sudu besar kacang tanah goreng-di tumbuk kasar     saya tambah

Cara membuatnya
  • Ayak tepung bersama baking powder.Ketepikan
  • Putar telur dan gula hingga betul-betul kembang.
  • Masukkan ovalette dan pewarna hijau serta pandan paste.Putar lagi hingga sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang-seli dengan santan sehingga habis.
  • Panaskan pengukus sehingga air mendidih.
Untuk inti kelapa-satukan kesemua bahan dan gaul sebati.
  • Sapu acuan dengan minyak,ambil sedikit inti kelapa,tekan-tekan dalam acuan tadi,tuangkan adunan.
  • Kukus selama 5 minit.Angkat dan sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan.
  • Bolehlah di hidangkan.

8 ulasan:

  1. Mmmmm...mesti sedap tu...krup2x kunyah kacang...

    BalasPadam
  2. Assalam suzana
    tq ye
    buka blog tgk mcm2 menu yg menyelerakan
    sedapnya. Kuih ni akak x penah buat sendiri insyaallah sgt2 nk cuba jg
    skrg mkn kena tetap jadual xleh ngelat dah hu huu

    BalasPadam
  3. salam..

    bagus juga buat macam ni..kreatif la..

    BalasPadam
  4. saya pun tak pernah cuba lagi buat kuih ni...nampak menarik je dengan kekacang tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bolehlah cuba ,kalau anak-anak suka boleh buat lagi.

      Padam