Bertemu lagi di dapur maya saya.Hari ini sebelum memulakan sesuatu lebih baik saya menulis dahulu.Tak habis-habis lagi saya siapkan barang kakak sulung ,barang dalam senarai dan barang tak tersenarai semuanya saya beli,macam nak masuk rumah baru pula!.Anak cuma nak gi sambung belajar tapi barang yang di bawa penuh kat ruang belakang kereta.Semalam saya bawa dia pergi jumpa saudara- mara yang lebih tua.Nanti kalau dah pergi entah bila akan berjumpa lagi....
UDANG GARING DAUN KESUM
Sumber:Dapur Ibundo
3 cm halia
1 tangkai besar daun kesum
1 tangkai kecil daun selasih
1 tangkai kecil daun kari
1 biji cili merah
1 biji bawang besar
minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya
- Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya
- Gaulkan udang bersama bahan perap dan biarkan seketika.
- Panaskan minyak dan goreng udang sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 2 sudu besar sahaja.Tumis bawang putih, bawang besar dan halia sehingga agak garing.
- Masukkan cili merah diikuti daun kesum, daun selasih dan daun kari.
- Sentiasa kacau supaya tidak hangus. Goreng sehingga garing.
- Masukkan semula udang dan gaul rata.
salam kak..
BalasPadamwah, tayang menu udang ya..sedapnya udang garing tu..kalau bagi sepinggan gerenti abis dan x ckup..huhu..
memang sedap.tengok je la dari jauh ye!
Padamsamalah dgn bujang saya tu... beli barang persiapan tak habis2, mau sampai 2 minggu... ada je nak dibeli, sehari sebelum berangkat nasib baik saya jengok biliknya... rupanya dia siap packing 10 beg! beg besar 1, yang lain beg kecik2 he he he... tu pasal kena naik feri n bawa kereta sebab byk sgt barangnya... kaslau sikit naik kaplterbang lebih mudah n cepat.
BalasPadamTahniah buat anak daranya ye...
tu udang tu memang aromanya sungguh menyelerakan!
he..he ingatkan beg kita banyak,ada empat semuanya.rupa-rupanya Farid banyak lagi!.semuamya nak kita sediakan takut2 anak tak cukup keperluan.ye la anak nak merantau jauh kan..
PadamResepi yang kak Ros tak pernah buat ni. Tapi daun kesum banyak tepi pagar...boleh cuba lepas ni.
BalasPadamcuba la kak Ros.sedap sangat!
Padam