Selasa, 14 Mei 2013

SAGU GULA MELAKA

 As-Salam buat semua...

Sedapnya makan sagu gula melaka ini.kalau boleh nak selalu makan,tapi santan pekatnya membataskan segalanya.Sekali-sekala tu tak apa la kan.Boleh juga santan tu di gantikan dengan susu tapi rasanya tidak begitu mengancam!.Ia sedap di makan sejuk-sejuk.

SAGU GULA MELAKA
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 cawan sagu 
2 1/2 cawan air
santan pekat secukupnya
beberapa keping gula melaka
sedikit  garam
pewarna pilihan

Cara membuatnya
  • Masak air hingga mendidih,masukkan sedikit warna pilihan ke dalam sagu dan kacau rata.Masukkan sagu ke dalam air mendidih dan kacau rata .Biarkan sagu hingga masak sambil di kacau sekali-sekala .
  • Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan sebentar dan kemudian letakkan di dalam peti sejuk.
  • Sementara itu masakkan santan pekat sebentar dan tambah sedikit garam.Santan juga boleh di makan tanpa di masak.
  • Masak gula melaka dengan sedikit air dan kacau hingga larut dan sedikit pekat.Sejukkan.
  • Semasa menghidang,cedukkan sagu ke dalam bekas sesuai,tambahkan santan pekat dan curahkan air gula melaka yang pekat ke atasnya.

3 ulasan:

  1. salam suzana..

    wah, bestnya makan sagu gula melaka..

    BalasPadam
  2. Sagu gula melaka memang sedap... suami saya suka sangat, tapi saya jarang buat, sebab sekali buat dia boleh habiskan banyak! he he ehh

    BalasPadam
  3. sagu gula melaka memang best sangat.sekali-sekala makan banyak tu tak apa la...

    BalasPadam