Ahad, 18 Ogos 2013

4 SYAWAL...


As-Salam buat semua..
Kenangan indah di sepanjang tahun ini!.Pulang dari menghantar kakak sulung kat Kuala Pilah ,saya singgah di rumah my SIL di Gombak,Selangor.Petangnya kami bawa anak-anak ke Tugu Negara, salah satu tempat dalam wishing list anak-anak.Sungguh teruja mereka kerana Tugu Negara sebelum ini hanya dapat di tatap di dalam buku sekolah sahaja dan sekarang ia berada di depan mata!.

Antara gambar-gambar yang akan menjadi kenangan suatu masa nanti...

Kami pun tak terlepas juga dari mengabadikan kenangan di sini.Tua-tua besok(sekarang pun dah hampir tua!..he..hee)boleh tengok semula...
Kat Dinasour Park,Taman Tasik Perdana.Azim tak pernah jumpa taman permainan kanak-kanak seperti ini di Kota Bahru.Lupa diri sekejap..he..hee.
Sapa lebih moncet,Azim ke.. dinasour cute tu!....

4 ulasan:

  1. salam kak..

    best la kan dapat bergambar d tugu Negara..

    BalasPadam
  2. assalam
    bagus kan tgk TN
    betul tu kenangan ,ada gambar disini masa kecil2 dulu bila ayah bw jln2 kat KL tp dah dewasa ni blm lg sampai, ingat nak jg bawa anak2 supaya mereka tahu apa itu Tugu Negara

    BalasPadam
    Balasan
    1. molek lah tu,supaya anak-anak kita rasa begitu menghargai negara Malaysia yang amat bertuah ini!

      Padam