Apam gebu ni sedap di makan buat sarapan pada waktu pagi,makan pula dengan kelapa muda yang di parut dan di campur dengan sedikit garam.Boleh juga di makan tanpa kelapa
Cara membuat dan resepinya pun ringkas sahaja.Dibuat pula berwarna-warni supaya nampak lebih menarik.... sebenarnya rasanya sama sahaja.
APAM GEBU
Resepi:Sarina Seman-www.Facebook.com/Buku resepi
Bahan-bahan
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
1 paket mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air
Bahan lain
kelapa parut
sedikit garam
Cara membuatnya
- Blend nasi dan air sampai betul-betul halus.Kemudian campurkan dengan bahan-bahan lain.Gaul sebati.
- Tutup dengan kain bersih,biar sejam atau sampai adunan kembang.
- Panaskan pengukus.Sapu acuan apam dengan sedikit minyak.
- Masukkan adunan sebanyak 3/4 penuh dan kukus dengan api sederhana hingga masak.
- Hidangkan dengan kelapa parut yang di campurkan dengan sedikit garam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan