Jumaat, 2 Ogos 2013

CENDOL 3 LAYER

 As-Salam buat semua..
Pening kepala pagi-pagi lagi cari acuan semperit tak jumpa.Habis semua kabinet kena selongkar,akhirnya tak jumpa juga.Hai, pagi-pagi dah naik suhu akhirnya saya tinggalkan acara menjejak barang hilang,saya tulis blog pula supaya suhu badan turun sikit!he..hee.
Cendol 3 layer ini di buat untuk berbuka.Rasanya lemak-lemak manis dan di tambah pula dengan buah kiwi di dalamnya.

CENDOL 3 LAYER
Resepi:Chef Affzainizam Ali

Bahan-bahan
160ml santan
30gm cendol
40ml gula merah
80ml jus kiwi

Cara membuatnya
  • Di dalam sebuah bekas/gelas sesuai tuangkan gula merah. Kemudian tuangkan santan perlahan-lahan.
  • Akhir sekali tuangkan jus kiwi secara perlahan-lahan supaya tidak bercampur.
  • Kemudian barulah di letakkan cendol dan sejukkan terlebih dahulu.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan