Isnin, 5 Ogos 2013

COTTAGE PIE


As-Salam buat semua...
Saya buat Cottage Pie pula untuk berbuka,tukar selera ke western sikit..hari-hari makan kuih yang manis-manis kadang-kadang tu bosan juga.Dalam pada bosan tu makan habis juga!Cottage Pie ni sedap di makan ketika masih lagi panas.Rangup aje kulit luarnya.Dekat-dekat nak berbuka saya panaskan semula  dalam mikrowave sekejap.Gambar kat bawah tu adalah Cottage pie yang belum di bakar lagi.


COTTAGE PIE  
Resepi:Kak Nor-Secubit garam

Bahagian Atas:
500gm ubi kentang - lebih kurang 5 biji yang besar
air secukupnya
2 sudu besar butter
sedikit lada sulah - boleh juga kalau nak guna serbuk lada hitam
garam

Bahagian Bawah
400 gm daging cincang
1 biji bawang besar (bawang Holland)
1 batang karot
1 batang seleri-pilihan
3 sudu besar tomato puree - atau boleh guna 5 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk cili kasar- boleh gantikan dgn serbuk lada hitam
1 sudu teh rosemary kering
1/2 cawan air rebusan kentang
 garam secukup rasa
1/2 sudu kecil gula
1 sudu besar tepung gandum - utk memekatkan
3 sudu besar minyak sayur/bunga

Bahan Tabur
2 sudu besar butter sejuk yg dipotong kecil-kecil
parutan keju cheddar


Cara membuatnya
Bahagian Atas:
  • Masak air hingga mendidih dan masukkan ubi kentang yang telah dipotong dadu. 
  • Masak lagi hingga mendidih dan ubi kentang masak/lembut. 
  • Angkat dan toskan ubi kentang. 
  • Ambil 1/2 cawan air rebusan dan ketepikan. 
  • Lenyekkan bersama butter, sedikit lada sulah dan garam.Ketepikan.
Bahagian Bawah:
  • Bawang, carrot dan seleri dipotong dadu. 
  • Panaskan minyak sayur dan masukkan bahan-bahan yang dipotong dadu tadi. 
  • Masak dan kacau selama lebih kurang 15 minit.Selepas itu masukkan daging cincang. 
  • Kacau lagi supaya daging tidak berketul-ketul. 
  • Masak sehingga daging berubah warna dan condongkan kuali atau periuk. 
  • Buang lebihan minyak yang ada (biasanya daging cincang memang terkandung lemak dalamnya). 
  • Masukkan tomato puree/sos tomato, serbuk cili, serbuk cili kasar/serbuk lada hitam. 
  • Goreng hingga naik bau dan masukkan 1/2 cawan air rebusan kentang. 
  • Masak hingga hampir kering dan masukkan garam dan gula (jika suka). 
  • Masukkan pula tepung gandum dan kacau hingga sebati.Selepas itu masukkan dried rosemary. 
  • Masak lagi lebih kurang 2 minit dan bolehlah dipadamkan api.
 Seterusnya....
  • Tuangkan bahagian bawah (daging) ke dalam mangkuk tahan panas atau boleh juga digunakan ramekin.Ratakan. 
  • Letakkan bahagian atas (kentang) ke atas bahagian daging tadi. Ratakan supaya menutupi keseluruhan bekas. 
  • Dengan menggunakan sudu atau garfu, lorek-lorekkan bahagian atas supaya nampak fluffy, nanti bila kita bakar nanti, akan terasa crunchy sikit.(saya paipkan kentang dengan bentuk bunga) 
  • Tabur parutan keju dan potongan butter. 
  • Boleh juga kalau nak tabur sedikit serbuk cili kat atas ni . 
  • Bakar dalam oven yang dah panaskan dengan suhu 190'C selama 1/2 jam atau sehingga golden brown kat permukaan atas tu. 
  • Bolehlah dihidangkan panas-panas..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan