Biskut raya seterusnya adalah Biskut Cheddar.Biskut ini di adunkan bersama keju cheddar parut.Rasanya lemak-lemak masin dan tidaklah manis sangat.Dah separuh bekas habis di makan anak-anak,sempat ke tidak buat beraya nanti!..
BISKUT CHEDDAR
Resepi:Norli Atan-Majalah Saji Ogos 2013
Bahan-bahan
300 gm. tepung gandum
100 gm. tepung jagung
250 gm. mentega
100 gm .gula aising
1 biji telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
100 gm. keju cheddar -parut
Bahan hiasan
parutan keju cheddar
Cara membuatnya
- Satukan tepung gandum,soda bikarbonat dan tepung jagung di dalam mangkuk.Ketepikan.
- Putar mentega dan gula aising hingga kembang.Masukkan telur dan pukul lagi seketika.
- Masukkan campuran tepung dan keju cheddar.Uli sedikit dan sebatikan adunan biskut.
- Canai doh dan terap mengikut acuan pilihan dan aturkan di dalam dulang pembakar.
- Sapukan putih telur dan taburkan parutan keju cheddar.
- Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150'C selama 30 minit.
- Sejukkan dahulu sebelum di simpan di dalam bekas sesuai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan