Ayam goreng seperti ini menjadi kesukaan anak-anak saya.Kalau goreng dada ayam besar begitu sahaja mereka tidak berapa suka makan.Buat kecil-kecil macam ni barulah habis di makan .Siap bertambah-tambah lagi..Resepi dan cara membuatnya ringkas sahaja.
AYAM GORENG SERBUK CILI
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
2 keping dada ayam-potong dadu
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cukup rasa
1 labu bawang besar-potong bulat
1 sudu besar madu
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng ayam
Cara membuatnya
- Gaulkan semua bahan kecuali bawang besar dengan ayam yang di potong dadu dan perap seketika.
- Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kelihatan garing.
- Tambahkan bawang besar dan goreng sebentar lagi.
- Tutup api dan bolehlah di hidangkan.
Senang sikit kerja kalau guna serbuk cili kan Suzana.
BalasPadamye la Amie,main campak-campak then goreng saja..he..he
Padamwah, sedapnya kak..
BalasPadamcubalah buat ,tengok gambar buat terliur saja.
Padamcubalah buat,asyik tengok gambar saja semua nampak sedap kan!
Padam