As-Salam buat semua...
Saya jumpa satu lagi resepi ais krim yang sedap makan dengan roti, buat sandwich ataupun makan begitu sahaja pun boleh juga.
HOMEMADE PADDLE POP ICECREAM
Sumber:Buku resepi-Watiey Abdullah
Bahan-bahan
1 tin susu cair
1/3 tin susu pekat manis
2 sudu makan ovalette
1 biji telur tak letak
perasa dan pewarna pilihan
Cara membuatnya
- Blend semua bahan kecuali perasa dan pewarna dalam 10 minit sampai kelihatan gebu.
- Masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam freezer selama lebih kurang 1 jam.
- Keluarkan adunan dan blend sampai gebu sekali lagi dan kelihatan ringan.
- Bahagikan kepada tiga warna yang berlainan dan letakkan perasa dan pewarna pilihan.
- Lapiskan setiap warna yang berlainan di dalam bekas yang sesuai dan ulang sampai habis.
- Bekukan semalaman di dalam freezer dan bolehlah di makan.
wah...meriah & ceria eskrem ni
BalasPadambuat warna -warni untuk menarik minat anak-anak kan..
Padam