Selasa, 26 November 2013

BLUEBERRY CHEESE MUFFIN

 As-Salam buat semua..
Tuan tanah dan balik dari bercuti semalam dan hari ini ada baki cuti satu hari lagi sebelum mula bertugas esok.Ada pula tetamu nak datang ,dari pagi lagi masuk dapur dah tengahari baru siap semua.Rehat kejap sambil post satu entri.Kek kecil ni saya buat sebelum bercuti lagi tapi tak sempat nak post.Resepi asalnya adalah Strawberry Cheese Muffin,tapi dah saya gunakan blueberry jadi namanya pun saya suka-suka tukar sendiri...acuan kek pun tak guna acuan muffin!.

BLUEBERRY CHEESE MUFFIN
Sumber:Tiffin biru.blogspot(CMG)

Bahan-bahan
150 gm cream cheese
150 gm unsalted butter
110 gm gula kastor     saya letak 100 gm sahaja
3 biji telur gred A
50 gm kismis
30 gm kacang pecan-cincang kasar(boleh guna apa-apa kacang)
160 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
sedikit blueberry/strawberry filling

Cara membuatnya
  • Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  • Panaskan oven pada suhu 180'c ,alas acuan muffin dengan paper cup.Ketepikan.
  • Putar mentega dan cream cheese hingga bersatu,masukkan gula terus memutar hingga putih.
  • Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
  • Perlahankan speed,masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis da gaul rata.
  • Masukkan kismis dan kacang pilihan,kacau rata.
  • Sudukan kedalam acuan muffin 3/4 penuh.Letak blueberry filling di atas adunan muffin.
  • Bakar hingga masak,bergantung pada jenis oven masing-masing.
  • Sejukkan dahulu sebelum di hidangkan.

2 ulasan:

  1. Assalam
    Ccm dah ker? Pegi mana tu he hee
    Emm sedap muffin bercheese kita pun smlm wat muffin biasa la cuti sekolah ni

    BalasPadam