Khamis, 21 November 2013

KEK COKLAT BERKEJU

As-Salam buat semua..
Memandangkan cuti sekolah baru bermula, aktiviti memasak dan membuat kuih atau kek agak kerap juga dalam minggu ini.Semalam saya buat sebiji lagi kek coklat yang di taburi oleh keju parut di atasnya.Tapi anak-anak tak berapa suka keju parut tersebut,habis dibuangnya sebelum kek di makan.Bakinya tinggal lah buat saya untuk di habiskan.Tekstur kek ini lembut dan moist di gabungkan dengan rasa lemak-lemak masin keju.

KEK COKLAT BERKEJU
Sumber:Hana memorries.blogspot
Loyang:8 inci

Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair tambah 3 sudu besar lagi
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanila
Topping:Coklat ganache dan keju cheddar parut secukupnya

Cara membuatnya
  • Ayak tepung gandum bersama serbuk koko,soda bikarbonat dan baking powder.Ketepikan.
  • Panaskan kukusan.
  • Pukul telur dan gula hingga kembang dan berkrim
  • Masukkan tepung yang di ayak dan pukul sebati.
  • Masukkan susu cair,susu pekat manis dan esen vanila.Kacau sebati.Akhir sekali masukkan minyak masak dan sebatikan.
  • Sapu loyang 8 inci dengan mentega dan tuang adunan.
  • Kukus selama 40 minit atau hingga masak.Kemudian sejukkan dan tuangkan topping coklat dan taburkan keju cheddar parut.Potong dan hidangkan.
Resepi Coklat ganache
Resepi 1
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu besar butter
Kacau sebati semua bahan secara double boiler sehingga pekat dan tuang di atas kek.Jika adunan ganache pekat sangat,boleh di tambah sedikit lagi susu pekat manis. 

Resepi 2
  • 150 gm coklat masakan
  • 120 gm krim putar
  • 1 sudu besar butter
Panaskan krim putar(tidak perlu mendidih).Angkat dari api dan masukkan coklat masakan yang telah di potong kecil.
Kacau sehingga cair dan masukkan butter dan kacau sebati,kemudian tuang ke atas kek .

##di dalam resepi di atas saya menggunakan resepi 1 untuk toppingnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan