Jumaat, 29 November 2013

KULAT SISIR GORENG

As-Salam buat semua..
Teringat nostalgia dulu-dulu semasa di kampung,saya selalu kutip kulat sisir kat batang pokok getah tumbang.Masa tu boleh makan kulat sisir yang masih fresh lagi.Semasa di kutip ia agak liat juga tapi apabila di rendam dan di ramas dalam air garam ia berubah menjadi lembut.Sedapnya apabila di makan dengan nasi putih dan ikan goreng.Sekarang ni kutip kulat sisir kat pasar sahaja!tu pun jarang-jarang jumpa...

KULAT SISIR GORENG
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
4 cawan kulat sisir
1 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar-potong halus
1 biji cili merah-potong bulat
1 biji cili hijau
1 biji telur
1 sudu teh serbuk cukup rasa
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
serbuk kunyit
garam secukup rasa jika perlu

Cara membuatnya
  • Rendam kulat sisir dalam air yang bercampur garam seketika. Ramas-ramas kulat sisir supaya ia jadi lembut dan semua kotoran keluar.Toskan
  • Tumbuk bawang merah dan bawang putih.Gaulkan dengan kulat sisir,serbuk kunyit.Biarkan seketika.
  • Panaskan kuali,masukkan kulat sisir dan tambah air(sama rata dengan kulat).Renehkan dengan api sederhana hingga kulat empuk dan lembut dan airnya kering.
  • Kemudian tambahkan minyak secukupnya dan gaul rata.
  • Pukul telur dan masukkan ke dalam kuali dan kacau-kacaukan supaya telur bergaul rata dengan kulat.
  • Tambahkan serbuk lada hitam,serbuk cukup rasa,garam secukupnya, bawang besar dan cili merah/hijau.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.

6 ulasan:

  1. Kulat sisir memang penuh nistalgia bagi saya juga Suzana... masa kecik2 dulu emak memang suruh kami kutip di batang pokok getah, apalagi kalau musim hujan... banyaklah kami dapat. Lepas tu emak masak tumis dengan pakis udang.... sekarang ni saya dah bertahun tak merasa! Mana nak cari....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo.... masak tumis ye kat sana.kat Kelantan ni kulat sisir hanya di goreng sahaja.

      Padam
  2. Jln-jln jamu mata
    perut lapar ada jamuan ke? :)

    Nostalgik btl kulat sisir. Masak lomak sedap juga ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye la satu lagi orang selalu buat masak lomak...best jugak.thanks sudi datang dapur saya.jamuan tak buat lagi,jamu mata lah ye....

      Padam