As-Salam buat semua...
Bakso yang dah berkali-kali saya buat kerana ia adalah mee sup yang paling di sukai oleh Azim.Dulu saya tak pernah nak ambil tahu apa itu Bakso,tambahan pula ia bukannya berasal dari sini. Sehingga lah suatu hari kami merasa Bakso di rumah seorang saudara semasa di Penang bulan lepas.Walaupun ia hanya sup yang simple sahaja tetapi keenakkannya begitu terasa dengan adanya bebola daging.Puas saya cari resepi seperti yang di beritahu (sambil makan saya ada juga bertanya sikit-sikit pasal resepi Baksonya yang sedap itu) tetapi tiada yang menepati citarasa.
Nak makan Bakso mesti ada bebola daging,kalau malas nak buat sendiri(macam saya) beli saja yang di jual kat pasaraya.Tapi biasanya bebola daging yang di buat sendiri lebih menepati citarasa.
BAKSO
Resepi:Cik Na Penang
olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
1/2 kg tulang rusuk
air secukupnya untuk merebus tulang
3 paket bebola daging
Bahan lain
8-10 biji buah keras
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
rempah penumis(rempah 4 sekawan)
1 sudu besar rempah sup
1 kiub pati daging
1 sudu besar serbuk cukup rasa
garam secukup rasa
bahan sampingan
daun sup/daun bawang-hiris halus
bawang goreng
potongan cili padi/sambal cili-jika perlu
Cara membuatnya
- Masukkan air ke dalam stock pot dan rebus tulang dengan api perlahan hingga kelihatan dagingnya hampir tertanggal dari tulang.
- Kisar bawang besar,buah keras dan bawang putih hingga halus.
- Panasakn sedikit minyak dan tumiskan rempah 4 sekawan dan masukkan bahan-bahan yang telah di kisar tadi.tumis hingga naik baunya.
- Kemudian masukkan bahan tumisan ke dalam air rebusan tulang dan tambahkan bebola daging,kiub pati daging serta rempah sup.
- Masak lagi hingga bebola daging masak dan tambahkan serbuk cukup rasa serta garam dan sesuaikan rasanya .
- Kalau dah rasa sedap bolehlah di angkat.Hidangkan bersama kuay teow,mee hoon atau mee kuning.
- Taburkan hirisan daun bawang/sup,bawang goreng dan hirisan cili padi/sambal cili jika suka pedas.
salam kak..
BalasPadamwoo..ni favorite gila sya ni kak..memang sya hantu bakso..betul tu, bakso homemade lebih sedap..nak semangkuk bleh?^_^
sama lah kita gila makan bakso..he..he ituppun orang lain dah puas makan,saya baru kenal bakso.meh sini kita bagi semangkuk
Padam