Akhirnya saya cuba membuat dadih sendiri setelah lama menyimpan resepinya.Kebetulan semasa mengemas kabinet makanan terjumpa dengan sepaket coffemate creamer yang dah lama saya beli.Bermulalah projek buat dadih ,dengan membuat beberapa warna dan di isi dalam dessert cup supaya senang makan.Kalau diisi dalam bekas besar,lepas kita mencedok, biasanya dadih akan berair.
DADIH HOMEMADE
Sumber:Yatimemorries.tq
Bahan-bahan
10 gm agar-agar serbuk
1 1/2 cawan gula pasir
3 liter air saya letak 2.5 liter
200 gm coffemate creamer
1 tin susu cair
perisa jagung/warna kuning
perisa strawberi/warna pink
perisa pandan/warna hijau
perisa oren/warna oren
perasa keladi/warna purple
Cara membuatnya
- Masak air,agar-agar serbuk dan gula dalam periuk sampai mendidih.Kacau rata.
- Perlahankan api dan masukkan coffemate creamer dan kacau sampai creamer larut.
- Tuangkan susu cair dan sedikit garam kacau sebati.Kacau hingga hampir mendidih dan padamkan api.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut mengikut citarasa sendiri.
- Saya bahagikan kepada 6 bahagian yang berlainan warna dan perasa.
- Kacau sebati setiap warna dan perisa kemudian isikan ke dalam dessert cup atau bekas kecil yang sesuai.
- Sejukkan dahulu sebelum di letakkan di dalam peti sejuk.Ia sedap di makan sejuk.
salam Su, wah cantik nya dadih warna warni dan bekas nya cun lah mesti sedap ni
BalasPadamhe..he mestilah sedap kak noor.tambahan pula makan dalam bekas kiut tu!
Padamsalam kak..
BalasPadamwow, cantiknya dadih tu..kaler rona-roni gitu..comel buat dalam bekas yang kecik tu..senang makan.
dah tengok tentu berkenan kan,kalau dalam bekas ni senang nak hidang pada tetamu nanti..
PadamSalam.sy org br disini..nk tny..perisa tu guna brand apa n letak bape bnyk?
BalasPadam