Dalam bulan ni banyak juga resepi dari pisang yang saya cuba buat hanya kerana ingin menghabiskan pisang yang masih banyak di dalam peti sejuk.Salah satunya adalah Pisang panggang ini yang enak di buat dessert.Makan sejuk-sejuk dalam cuaca yang tengah sejuk ni,nasib baiklah matahari memancar terang!.
PISANG PANGGANG RATU
Sumber: ilhamdapur.blogaspot.tq..
Bahan-bahan
6 biji pisang berangan yang sederhana masak
susu cair secukupnya saya guna low fat milk
kepingan badam secukupnya-di panggang sekejap
sedikit mentega
sedikit madu
sedikit serbuk kayu manis
sedikit buahan-jika suka
Cara membuatnya
- Panaskan kuali non-stick,masukkan 1-2 sudu besar mentega.
- Bila mentega dah cair masukkan pisang dan masak sehingga perang.
- Balik-balikkan agar pisang dipanggang sepenuhnya.
- Dalam pinggan atau bekas yang sesuai,susun pisang,kemudian sapukan pisang tadi dengan sedikit madu.Tuang susu cair secukupnya dan taburkan sedikit kayu manis.
- Akhir sekali letak kepingan badam secukupnya,sedikit buahan jika suka dan boleh hias ikut citarasa sendiri.
- Sedia untuk di hidangkan.Lagi sedap jika susu cair itu di sejukkan terlebih dahulu
salam kak..
BalasPadambest juga idea ni..sangat menarik dan nampak sedap..jadi lapar la pulak tengok..heheh..
tu la tengok gambar saja,mesti terliur kan..
Padam