Sabtu, 1 Februari 2014

KEREPEK NGAKU

 As-Salam buat semua..
Ngaku,Sengkuang cina,Arrow head adalah tiga nama ynag menggambarkan benda yang sama.Sana-sini kawan-kawan dok post Kerepek Ngaku hingga saya jadi teruja untuk mencubanya.Kerepek ini habis sebelum matahari timbul keesokkan harinya!Saya selalu nampak ubi ini kat pasaraya time nak Chinese New Year,time lain tak ada,tapi tak pernah nak kisah tentangnya.Time raya cina sesuailah postkan resepi Kerepek Ngaku di sini.
Bila semua orang dok cakap sedap dan rangup,akhirnya saya membeli beberapa biji ngaku,saja nak rasa.Ada sorang uncle cina kat sebelah saya siap cakap"saya tak tau la melayu makan ini macam mana"he..hee malunya!.uncle tu cakap dia selalu makan ngaku yang di goreng bersama ayam dan daging.Kalau kenal, dah saya bagi kerepek ngaku kat uncle tu sikit biar dia rasa,sedapnya kerepek ni-tak serap minyak,tak letak apa-apa perisa pun sedap,rasa macam potato chips pula!dan yang bestnya ia krupppp..krapppp..

KEREPEK NGAKU
Sumber:My small kitchen.thanks Hazila

Bahan-bahan
ngaku secukupnya
air garam
minyak untuk menggoreng terendam

Caramembuatnya 
  •  Ngaku dikupas, cuci, hiris nipis/slicing dan ketepikan
  • Sediakan satu bekas yang sesuai. Masukkan air dan 1 sudu makan garam kasar.
  • Kemudian kupas buah ngaku  dan hiris nipis ke dalam bekas yang mengandungi air garam tadi. Bila semua sudah di hiris,  biarkan seketika kemudian basuh dengan air.
  • Kemudian panaskan minyak, masukkan secubit garam kasar ke dalam minyak dan biarkan hingga minyak panas.Masukkan hirisan buah ngaku ke dalam minyak kemudian kacau perlahan- lahan supaya hirisan buah ngaku tidak melekat.
  • Balikkan beberapa kali sehingga warna kerepek keperangan.
  • Toskan minyaknya dna simpan di dalam bekas kedap udara.
Semasa anda memasukkan kepingan buah ngaku ke dalam minyak panas, minyak akan mengeluarkan gelembung gelembung kecil. Bila anda dapati gelembung sudah hilang, cepat cepat angkat kerepek kerana kalau tidak ia akan terlampau garing dan agak pahit.


4 ulasan:

  1. Balasan
    1. saya dah beli pula kali kedua...memang teringin selepas kali pertama makan!

      Padam
  2. salam kak su..

    wah..nampaknya sana-sini rakan blogger tayang kerepek ngaku ni..mesti sedap kan..sya x penah makan lagi..nak juga try..selalu sya makan yang fresh sja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba buat kerepek pula,betul la semua orang cakap tu...sedap!

      Padam