Isnin, 24 Februari 2014

ROJAK PASEMBOR


As-Salam buat semua..
Baru puas hati saya dapat makan Rojak Pasembor yang di buat sendiri..hampir separuh hari saya menyediakannyaPenatnya badan tak usah kira.Kalau time nak makan ramai-ramai tu sesuai juga di buat makanan ini kerana kalau nak buat sikit rasa tak berbaloi pula,lagipun bahan-bahannya mudah di dapati.

ROJAK PASEMBOR
Sumber: Gee-Hut/Corat-coret panorama hidup
Resepi:Chef Hanieliza....dua-dua Thanks.


Bahan kuahnya
 200 gm kacang tanah – goreng tanpa minyak dan mesin halus
1 biji keledek – rebus dan lecek
4 sudu cili kisar
4 – 5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Udang kering
1/2 cawan gula merah – dimasak bersama secawan air
3-4 sudu kicap manis
1/2 cawan air asam jawa
Garam secukupnya


Cara  membuatnya
Panaskan kuali dengan sedikit minyak.Tumis bahan kisar sehingga bangkit baunya.Masukkan kacang tanah yang disudah dimesin dan gaul rata.Tambahkan sedikit air dan biarkan mendidih.Masukkan pula keledek lecek, kicap, air asam jawa dan gula merah.Kacau rata dan biarkan sehingga kuah pekat sedikit. Sejukkan.

Bahan sayuran 
1 biji sengkuang
Timun hiris memanjang
Karot
Timun
Taugeh – dicelur

Bahan lain
Tauhu digoreng dan dihiris nipis
Telur rebus 



 Bahan untuk Cucur Udang
 2 cawan tepung gandum
1 cawang tepung beras
Taugeh
Kucai
Bawang besar – dihiris nipis
Udang hidup
Sedikit udang kering
Garam
Air secukupnya


Cara membuatnya 
  • Bancuh semua bahan kecuali udang hidup di dalam mangkuk.Kacau rata.
  • Panaskan minyak dan rendamkan sudip ke dalamnya.
  • Tuangkan bancuhan ke dalam sudip panas dan letakkan  udang hidup di atasnya.
  • Biarkan garing sedikit dan keluarkan dari sudip terus ke dalam minyak tadi.Biarkan sehingga garing 
  • Buat lagi sehingga bancuhan habis.
  •  Untuk menghidang,pastikan cucur udang di potong kecil.

Cadangan hidangan
Campurkan bahan sayuran,tauhu goreng,telur rebus dan curahkan kacang di atasnya.Gaulkan dan sedia untuk di nikmati.

7 ulasan:

  1. salam kak su..

    nampak sedap rojak tu..cucur udang tu pun menggoda sangat..lapar..

    BalasPadam
  2. Salam Suzana,sedapnya rojak pasembor tu,rajinnnnnnnn Su membuatnya.Klu K.atie beli jer..mkn berdua..hehe

    p/s:Ttg senduk merah silikon tu,klu berminat..blh order dgn k.atie.pm/Email jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. he..he sebenarnya bukan rajin sangat pun,dah teringin nak makan , macam orang mengidam pulak ye...

      Padam
  3. salam sis..
    terima kasih sudi singgah n follow blog QH..QH follow dh blog ni..

    sedapkan pasembor..fav QH jugak..bleh pulak xtpikir leh wt sdrikan..bleh la try resepi ni (tp xtau bile la) alang2 dh jumpa..tq sis

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks QH,sudi memanjangkan tali silaturrahim di dapur maya ini.blog kita ini terpencil je he...hee

      Padam
  4. Sedapnya pasembor.... sangat mengancam!!

    BalasPadam