Dah lama saya tak masak tauhu,dah ketandusan idea nak mengolah tauhu walaupun macam -macam resepi saya jumpa kat blog masakan.Dalam dok cari-cari resepi tu,terjumpa resepi Tauhu goreng rencah ayam ni,nampak macam best aje.dah buat memang best pun(mesti la kita yang buat!!),sedap di makan begitu sahaja atau dengan nasi.
TAUHU GORENG RENCAH AYAM
Sumber:recipesasha.blogspot.comThanks.
Bahan
tauhu -potong dua saya potong empat
lada sulah
secubit garam
campurkan semua bahan di atas.
salutkan tauhu dengan tepung yang telah di gaul tadi
goreng dengan minyak yang banyak dan panas
angkat dan ketepikan.
Bahan rencah ayam
isi ayam secukupnya-di dadu kecil
seulas bawang putih-hiris halus
1/2 biji bawang besar-hiris halus
sedikti lada sulah
sedikit kicap manis
sedikit minyak bijan
daun bawang -untuk hiasan
secubit garam
Cara membuatnya
- Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik baunya.
- Masukkan isi ayam,kacau rata hingga ayam masak.
- Masukkan kicap,lada sulah dan garam secukup rasa.Tutup api
- Letakkan minyak bijan di atas ayam.
- Susun tauhu di atas pinggan.Sudukan isi ayam atas tauhu dan hias dengan daun bawang dan lada merah hiris.
sedap menu ni kak su..best!!
BalasPadambetul tu ia memang best!
Padam