Ahad, 4 Mei 2014

BROWNIES ALMOND CHOCOLATE

As-Salam buat semua .....
Brownies ni rangup sahaja dan penuh dengan rasa coklat.Di dalam adunannya ada banyak coklat dan kekacang.Brownies adalah seperti kek bantat yang sedap.Kalau saya buat brownies mesti anak-anak akan tanya kenapa kek tak gebu tapi rasanya sedap.Itulah brownies...kek bantat yang tersohor di merata dunia..

BROWNIES ALMOND CHOCOLATE
Sumber:idealrecipes.blogspot.com /Julia homemade.thanks.

Bahan-bahan
  • 100 gm marjerin
  • 200 gm dark cooking chocolate-potong kecil
  • 2 biji telur
  • 100 gm gula pasir       saya letak 50 gm
  • 40 gm tepung medium protein atau tepung gandum
  • 25 gm serbuk koko
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 50 gm kacang badam bakar-cincang kasar
  • 15 gm almond slice-untuk tabur/hiasan
Cara membuatnya
  • Ayak tepung,serbuk koko,baking powder.Ketepikan.
  • Cairkan marjerin di atas api sedang.Tutupkan api,tambahkan potongan dark cooking chocolate.
  • Kacau hingga adunan cair.Ketepikan dan biarkan pekat.
  • Pukul telur dan gula pasir selama 2 minit hingga rata dan pekat.Jangan terlebih pukul nanti jadi macam adunan kek.
  • Masukkan campuran marjerin sedikit-sedikit sambil di kacau rata sahaja menggunakan spatula.
  • Tambahkan campuran tepung yang di ayak tadi,dan kaup-balik sampai adunan rata.
  • Masukkan kacang almond.Kacau rata.
  • Tuang dalam loyang 30x10x4 atau loyang sesuai yang telah di sapu marjerin dan di lapik baking sheet.
  • Taburkan almond slice dan bakar dalam oven dengan suhu 180'c selama 30 minit sehingga permukaan brownies nampak berkilat dan sedikit retak.
  • Sejukkan dahulu sebelum di potong.

4 ulasan:

  1. memang sedap makan brownies ni..em, nyum2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap,penuh dengan rasa coklat dan kacang!

      Padam
  2. Salam, hmm menyelerakan! Nampak berkilat dan moist bronies yg Sue buat tuu.. terimakasih kerana sudi cuba dan saya link blog Sue kat blog saya yaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks Julia,sorry banyak-banyak saya tak pandai buat link! he..hee

      Padam