Selasa, 20 Mei 2014

KERABU KAKI AYAM

As-Salam buat semua...
Semasa singgah membeli ayam untuk budak berdua tu,selalunya beli dua ekor untuk stok beberapa hari,penjual ayam bertanya, nak kaki ayam free tak?laju aje menganguk.Nak kasi cepat habis buat la kerabu kaki ayam,boleh makan dengan nasi atau ratah begitu saja.Tak payah beli kolagen yang macam-macam brand tu,makan je kolagen asli ni,best juga!...he..hee


KERABU KAKI AYAM
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 kilo kaki ayam
1 labu bawang besar
1 biji lada hijau
1 biji lada merah
1 biji tomato
daun ketumbar siam dan daun bawang atau daun saderi
sos ikan secukupnya
jus limau nipis dan gula secukupnya
4 sudu besar kerisik
1 sudu teh serbuk lada hitam

Cara membuatnya
  • Bersihkan kaki ayam,rebus sampai empuk dan toskan.Buang tulangnya.Ketepikan.
  • Sementara itu hiris nipis bawang besar,lada hijau dan merah(kalau inginkan pedas boleh guna cili padi) dan tomato(buang biji).
  • Potong pendek daun saderi sekali dengan batangnya.
  • Dalam satu mangkuk,campurkan kesemua sekali bahan-bahan yang telah di hiris dan kaki ayam tadi.
  • Tambahkan sos ikan,jus limau nipis dan gula secukup rasa.Gaul sebati.
  • Akhir sekali masukkan kerisik dan serbuk lada hitam,gaul rata.Siap untuk di hidangkan.


2 ulasan:

  1. wah,kaki ayam..feberet saya ni kak..tapi x reti nak masak sendiri..huhu..nak mintak skit bleh..^_^

    BalasPadam