Isnin, 26 Mei 2014

KETAM MASAK CILI PADI

As-Salam buat semua ....
Dah lama tak masak ketam,kalau masak pun cuma dua ekor sahaja kerana hanya dua orang saja yang makan.Dan kalau masak,mesti pilih emak ketam ....besar dan banyak isi!

KETAM MASAK LEMAK CILI PADI.
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
2 ekor ketam besar
3 batang serai - dititik
1 keping asam gelugor
santan pekat dan air secukupnya untuk kuah

cili padi-ikut kepedasan yang di inginkan
2 sudu besar cili kering kisar
2 helai daun limau purut
1/2 sudu besar serbuk cukup rasa Maggi
garam dan gula secukup rasa

bahan kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

Cara membuatnya
  • Ketam di potong dua dan di basuh dengan gandum untuk menghilangkan baunya.Toskan.
  • Masukkan santan dan bahan-bahan kisar ke dalam periuk serta cili kering kisar,serai,daun limau purut,asam gelugor,cili padi yang telah di ketuk.
  • Masak kuah dengan api sederhana sambil di kacau hingga mendidih.
  • Bila mendidih,masukkan ketam,serbuk cukup rasa,garam dan gula secukup rasa.
  • Biarkan ia mendidih sekali lagi.Bila rasanya sudah sesuai bolehlah di angkat dan hidangkan.

2 ulasan:

  1. kalau di rumah ni tak cukup masak 2 ekor ketam kak su..x cukup..untuk saya sorang pun boleh habiskan3-4 ekor..hihi..suka sangat makan ketam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waaa...banyak bagus punya selera.tapi ok lah kan,ketam bukannya isi padat pun.setuju..setuju Wana perabis 4 ekor!

      Padam