Dah beberapa kali saya try buat Mexico bun,baru kali ini saya postkan gambar dan resepinya.Selalunya belum sempat ambil gambar,dah habis bentuk yang cantik-cantik,tinggal yang senget sikit,tak sesuai pula nak postkan.
Selalu saja saya beli roti ni kat Tesco kerana kami dua-dua pun suka makan Mexico bun kerana ia ada aroma kopi pada toppingnya.Jom tengok resepinya..
MEXICO BUN
Resepi:Lilydvalley@My Resepi.Thanks
Bahan-bahan
Filling
200 gm mentega
1/2 sudu teh esen vanila
70 gm gula perang
Topping
200 gm mentega
160 gm gula icing
3 biji telur grade A- pukul sedikit
1 suduk kecil perisa kopi/coffee emulco- boleh diganti dengan melarutkan 2 sudu besar serbuk kopi segera dengan 1 sudu besar air panas.
200 gm tepung gandum
200 gm mentega
160 gm gula icing
3 biji telur grade A- pukul sedikit
1 suduk kecil perisa kopi/coffee emulco- boleh diganti dengan melarutkan 2 sudu besar serbuk kopi segera dengan 1 sudu besar air panas.
200 gm tepung gandum
**saya buat separuh dari sukatan di atas.
Doh Roti
500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
2 sudu kecil bread improver dan 2 sudu kecil bread softener-optional
20 gm susu tepung
75 gm gula kastor
3 sudu kecil dry yeast
1 sudu kecil garam
1 biji telur- dipukul
250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
60 gm mentega
Cara membuatnya
Filling
Pukul mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanila dan gula perang. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Topping
Putar mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 5 minit.
Perlahan-lahan masukkan telur,gula icing,dan perisa kopi
Ayakkan tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati.
Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Doh Roti
- Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
- Masukkan yeast, bread improver dan bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
- Masukkan telur dan air/susu segar.
- Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut dan elastik selama 10-15 minit.
- Bahagikan doh kepada 17 biji bola kecil dan tutup dengan cling film selama 10 min.
- Leperkan doh di atas tapak tangan dan letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
- Susun diatas loyang pembakar yang sudah dilenser dengan mentega/minyak/tepung dan jarakkan dalam 7.5 cm.
- Rehatkan selama 45 min di tempat panas (warm).
- Paip kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
- Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170'c selama 15 min atau sehingga bun keperangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan