Isnin, 30 Jun 2014

SOTONG BERKICAP PEDAS

 As-Salam buat semua...2 Ramadhan.
Semalam hari pertama puasa,saya bertugas pada sebelah malamnya.Siang hari asyik dok layan tidur sahaja.
Hari ini keadaan rasa ok sedikit.Biasalah hari pertama,sistem tubuh sedang dalam fasa pembetulan waktu makan.Tuan punya badan terumbang-ambing sedikit,pening kepala symptom hypoglycaemic...
sementara badan dah sihat sedikit saya postkan satu resepi masakan sotong.Sesuai untuk berbuka dan juga bersahur.Best sotong ni sebab ia ada telur..

MASAK SOTONG BERKICAP PEDAS
Resepi:Azie Kitchen.Thanks

Bahan-bahan
sotong-potong kecil,kalau bertelur tidak perlu potong
2-3 sudu besar cili kisar-ikut pedas yang di sukai
4 ulas bawang merah -kisar
3 ulas bawang putih-hiris
1 biji bawang besar-hiris bulat
kicap manis secukupnya
3 biji cili padi
1 batang kayu manis
1 batang serai-di ketuk
asam keping

Cara membuatnya
  • Tumis bawang putih dan kayu manis dan masukkan bahan kisar.Tumis hingga cili benar-benar masak.
  • Masukkan kicap dan sotong.Kemudian masukkan sedikit air untuk di jadikan kuahnya.
  • Akhir sekali masukkan bawang besar,cili padi,asam keping dan gula.
  • Sesuaikan rasanya dan tambah sedikit garam jika perlu.
  • Siap untuk di hidangkan.

2 ulasan:

  1. sedapnya sotong kicap tu kak su..memang buka selera betul time berbuka..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak tu semua yang kak su postkan sedap,cubalah buat,baru tau!

      Padam