Kalau sekarang ni semua orang tengah buat Potato fritters,saya pun buat cucur juga tapi nama lain.Nantilah Potato fritters tu saya nak cuba buat juga sebab semua orang dok tulis ia sedap,mesti nak cuba buat kan!.Cucur ni sedap di makan dengan sos cili masa panas-panas lagi,rangup sahaja.Tak nak buat ikut sukatan pun tak apa,jadi juga.Let's try masak.
CUCUR JAGUNG KRIM DAN BILIS
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
3/4 cawan jagung krim(dalam tin)
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan ikan bilis kecil
1/2 labu bawang besar-potong nipis
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 kiub pati ikan bilis
1/2 cawan daun ketumbar hiris
1 sudu besar marjerin
air secukupnya.
minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya
- Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan tambahkan air sedikit demi sedikit hingga bergaul sebati.
- Biarkan sebentar.
- Panaskan minyak dan goreng cucur hingga habis.
- Hidangkan panas-panas dengan sos pilihan.